Bukan kecil hadiahnya, sebuah motosikal kapcai !
Agak menghairankan mengapa orang-orang Umno sendiri tak ramai yang menyertai sukan rakyat yang diadakan. Mungkin juga mereka ada rasa malu, sekiranya dilihat oleh orang ramai, bermain permainan yang ‘ala kebudak-budakan’.
Antara yang agak menggelikan adalah, dilepaskan beberapa ekor itik dalam kandang sebesar 12 kaki persegi, kemudian para peserta berlari-lari keliling kandang itu, untuk mengejar dan menangkap anak itik!
Seperkara lagi, agak pelik juga pada tahun ini, yang tidak sama pada masa Pak Lah menjadi Perdana Menteri dulu.
Pak Lah dianggap orang yang mencetuskan idea sukan perahu layar ‘dalam kolam’ kerana menurutnya, para nelayan tidak pergi ke laut di musim tengkujuh.
Oleh itu, musim hujan dan ribut monsoon timur laut itu mestilah dimanfaat supaya ada aktiviti ekonomi, hasratnya mungkin untuk membantu para nelayan yang hilang punca pendapatan!
Namun kini semuanya meleset, tak ada seorang pun nelayan yang diambil untuk berkhidmat. ‘Team Malaysia’ yang masuk bertanding pun bukan dikalangan nelayan, semuanya dipilih dari kalangan JKKK! Mengejutkan bukan!
Itulah rasionalnya pasukan yang ‘tercorot’ pun boleh hadiah, walaupun kalah JKKK Pulau Duyong masih boleh mendapat habuan RM50,000!
Berbalik kepada cerita pelik yang agak berbeza semasa zaman Pak Lah dan zaman Najib, Pak Lah menonton monsoon cup bersama orang ramai, tapi Najib menonton dengan puak-puaknya diatas kapal (gambar kiri) , ditengah-tengah teluk Pulau Duyong.
”Mujur Rosmah tak mari, kalau mari susoh,”kata seorang rakan media, yang memang dah masak dengan perangai isteri Najib itu.
Namun persoalan, mengapa Najib naik kapal untuk menonton, tiada siapa yang dapat memberikan jawapan. “Mungkin takut agaknya,”jawab seorang rakan media lain.
Dalam pada itu, kedengaran seorang tetamu yang datang dari Selangor meluahkan perasaan.
”Eh..malunya..tak ada orang yang datang tengok, belanja juta-juta, orang Terengganu pun tak ingin tengok, apalagi orang luar,
”Berapa ‘kerat’ Mat Saleh yang ada, tak sampai dua puluh orang…. Yang lain tu semua krew-krew yang bertanding,”katanya kepada seorang kawan.
Namun Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak dengan ‘kembang hidung’ mengumumkan ‘Monsoon Cup akan diteruskan dengan alasan mendapat liputan luas stesyen televisyen antarabangsa.
“Kita lihat dari segi bilangan penonton yang menyaksikan kejohanan itu di televisyen mencecah sehingga satu bilion di seluruh dunia dan mendapat waktu siaran yang begitu besar sekali pada hari pertandingan.
“Ini tentu sekali menunjukkan bahawa kejohanan Piala Monsun ini mendapat sambutan di persada antarabangsa dan kita akan teruskan penganjurannya pada masa akan datang,”katanya sebagaimana dilaporkan Bernama.
Apakah maknanya ?
Pada tahun-tahun akan datang, Monsoon Cup yang ‘membaham’ belanja jutaan ringgit itu akan terus menjadi sukan elit, bukan sukan rakyat Malaysia, tetapi sukan untuk masyarakat antarabangsa.(gambar bawah – hanya kanak-kanak yang terlibat dengan sukan rakyat)