MN Masih Boleh Diselamatkan

488

KUALA TERENGGANUJ – Mursyidul Am PAS, Datuk Ustaz Hashim Jasin berkata, pakatan dua parti antara, PAS dan Umno dalam Muafakat Nasional (MN) masih dapat diselamatkan.

Beliau berkata, PAS akan terus bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Umno pada pilihan raya akan datang, walaupun kedua-dua parti itu sekarang ‘berkrisis’ dalam tindakan menyokong kerajaan Perikatan Nasional.

“PAS belum putus harapan untuk menyelamatkan penyatuan ‘ummah’ dan peluang untuk MN diselamatkan masih ada,”

“Kami mahu menyelamatkan MN dan pada masa yang sama tidak meruntuhkan PN. jika kita dapat bersama-sama MN dan PN untuk memperkukuhkan perpaduan ‘ummah’ dan itu selalu menjadi pendirian kita. ” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden PAS Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim berkata, Muafakat Nasional masih ada dan tidak dibubar serta perbincangan terus berjalan.

Keutamaan MN katanya, bukan untuk masa tempoh yang singkat tetapi bagi penyatuan umat untuk masa hadapan.

“bukan untuk sehari dua, tetapi penyatuan umat sangat penting disamping kita menghadapi menyelamatkan kerajaan Perikatan Nasional dan pandemic Covid-19 sekarang,” ujarnya.

Justeru itu, beliau menegaskan, PAS akan terus menyokong misi MN untuk mengekalkan kekuatan politik Melayu-Islam demi kesejahteraan negara.