Misi Liputan Dan Kemanusiaan KAMI Berjaya, Akan Disusuli Misi Seterusnya

798
Dua warga emas yang KAMI temui, menceritakan kisah 'Lombok Berduka' apabila mereka kehilangan anak dalam gempa bumi.

KUALA TERENGGANU – Misi Liputan dan kemanusiaan Kumpulan Aktivis Media Indipenden (KAMI) telah berjaya dan satu misi susulan yang akan diterajui oleh PAS Relief.

Pengerusi KAMI yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim berkata, misi kali yang kedua ke Lombok, Indonesia akan diadakan pada 17 ogos 2018.

“Misi kemanusiaan Kumpulan Aktivis Media Negeri Terengganu ke kawasan gempa bumi di Lombok, Indonesia bermula pada hari khamis, 10 Ogos sehinggalah 12 Ogos,

“dan kita berjaya kumpulkan maklumat yang diperlukan untuk salurkan kepada agensi bantuan yang akan menyusuri untuk peringkat seterusnya,”ujarnya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Terengganu berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas Lawatan Kerja Beliau di Taman Kekal Pengeluaran Makanan Peradong, dekat sini, pada hari ini, Isnin 13 Ogos.

Katanya, rombongan empat anggota KAMI pada khamis lalu telah selamat kembali ke tanah air semalam, Ahad.

Ketuanya Sazali Mohd Noor berkata, anatara keperluan utama yang sangat dikehendaki bagi memberikan sumbangan kepada mangsa gempa bumi Lombok ialah khemah atau kanvas yang boleh didirikan sebagai khemah untuk menjadi tempat perlindungan sementara kepada mereka.

“rumah mereka hamper keseluruhannya hampr 75% daripada mangsa rumah rosak,

“walaupun diluarnya masih kelihatan kukuh tetapi banyak retakan bahagian dalam,” ujar beliau.

Oleh itu kata beliau, semua penduduk telah meninggalkan rumah mereka dan membina khemah –khemah dipadang kawasan kampung mereka.
Menurutnya sehingga kini seramai 387 ribu orang menjadi pelarian di ‘kampung sendiri’.

Selain itu, mereka yang terbabit gempa juga memerlukan rawatan pasca gempa bumi.

“bagi merawat trauma kesan gempa terutama kepada kanak-kanak dan orang tua,

“dan juga jenis-jenis penyakit pasca bencana ramai yang mengadu sakit kepala dan meenghidapi penyakit kulit serta cirit-birit,

Justeru itu beliau menyeru agar pertubuhan bukan kerajaan berkait dengan perubatan agar tampil dan memberikan khidmat kepada penduduk ‘Lombok yang berduka’.