Misi Kemanusiaan Pertama KAMI 2023

23

Misi Kemanusiaan Kelab Aktivis Media Inspirasi (KAMI) bagi tahun 2023 bermula minggu lalu dengan Program ”Dapur KAMI’.

KAMI berkolborasi dengan NGO KT Care, WAM Care, Yayasan Khairul Ummah dan NR Cafe menyediakan 200 pek juadah makan tengahhari.

Program bermula awal pagi itu telah mengagihkan makanan kepada mangsa banjir di Kampung Jawek, Jerteh yang ditenggelami keseluruhannya, sedalam lebih satu meter

Menurut Ketua Kluster Kebajikan KAMI Puan Azizah Mahmood, ia adalah tanda kebersamaan KAMI kepada mangsa bah besar gelombang kedua Monsun Timur Laut pada 19 Disember 2022.

Sebahagian besar kampung-kampung di daerah Besut terkesan dan beliau berharap usaha KAMI itu dapat meringankan kesusahan yang dihadapi bila penduduk.


Menurut Azizah, KAMI sebuah NGO Media bergerak cergas membuat liputan berita dalam dan luar negara sekaligus menganjurkan Misi Kemanusiaan.

Dengan kerjasama erat bersama pelbagai NGO, KAMI berkhidmat menjadi pelapor isu-isu semasa termasuk di wilayah berkonflik, Gaza dan Yaman.

Anggota media KAMI; wartawan, jurugambar dan juruvideo turut membuat liputan di Syria, Lubnan dan Afghanistan.

Justeru, bagi pihak KAMI beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama kepada penyumbang dan dermawan yang sentiasa menyokong misi yang KAMI lakukan.

“InsyaAllah selepas ini, KAMI akan terus menjayakan misi kemanusian fenomena alam seperti ini, misi dakwah korban dan akikah dan seumpamanya disamping melaporkan berita terkini ditempat kejadian.” tambah beliau.