Misi Bantuan Banjir PAS Terengganu Bergerak Ke Pahang

454

Oleh : DMS

KUALA TERENGGANU – Sukarelawan Khidmat Malaysia PAS Terengganu memulakan misi bantuan kemanusian bantuan banjir di Pahang khususnya di Kuantan dan Temerloh.

Setiausaha PAS Badan Perhubungan PAS Terengganu, YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, semua lapan kawasan membabitkan lebih 800 orang petugas dijangka akan berada di bumi Darul Makmur selama tiga hari sehingga Sabtu 28 Disember.

“Kawasan Kuala Terengganu pagi ini sekitar 200 orang akan ke Kuantan melebihi sasaran 100 orang petugas bagi setiap kawasan.

“Tiga misi akan dilaksana membabitkan ‘Dapur Rakyat’ , pembersihan dan agihan barangan keperluan pada mangsa banjir.’ katanya ketika melepaskan konvoi peserta misi di perkarangan muzium negeri hari ini.

Ujarnya, program Dapur Rakyat yang akan membekalkan makanan tengah hari dijangka dapat memberi juadah kepada dua ribu penduduk yang terjejas

Selain itu, kata beliau, kerja-kerja pembersihan rumah mangsa banjir akan dilaksanakan sebaik tiba dilokasi.

Pada masa yang sama, sebahagian petugas akan mengagihan barang keperluan termasuk peralatan ibadah seperti sejadah, telekung dan kain.

“bantuan kewangan juga akan disalurkan kepada Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang dan agensi-agensi kerajaan negeri turut akan membantu mangsa banjir di Pahang bermula 28 Disember dengan sasaran 500 petugas.’ tegas Wan Sukairi yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri.