MH370 Harapan Yang Semakin Hilang

944

Semakin kurang pihak media antarabangsa yang melaporkan usaha yang dibuat dalam mengesan kedudukan sebenar pesawat penerbangan Malaysia MH370 yang hilang.

Jawapan kepada pencarian di selatan lautan Hindi itu masih berakhir dengan ‘andaian’ apabila tiada bukti nyata yang ditemui dan dibuktikan, milik kapal terbang jenis boeing 777 yang hilang.

US-black-box-detector-joins-MH370-ocean-searchKemungkinan tebaru menganggap bahawa kawasan mencari MH370 Malaysia yang hilangmitu adalah terlalu dalam, apabila kapal selam ‘blue fin’ kembali ke permukaan apabila mencapai tahap kedalaman

Kurang daripada separuh jalan, ketika pemburuan dasar lautnya, blue fin kembali hanya selepas enam jam dari cadangan tempoh carian selama 18 jam.

Ia tepaksa berpatah balik ke permukaan kerana ciri binaanya hanya mampu menyerap had kedalaman maksimum 4,500 meter.

Pusat penyelarasan Carian menyatakan, apa-apa kemungkinan yang telah temui semasa carian selama enam jam itu, masih dalam analisa.

Pencarian Bluefin 21 dilancarkan setelah kapal pencari ‘Ocean Shield’ dilaporkan menerima pancaran isyarat ‘ping’ dari kotak hitam pesawat yang hilang itu.

Kawasan carian telah diperkecilkan sekitar lokasi dimana isyarat ‘ping’ itu diterima sebekum bule fin dilancarkan.

Hanya empat pancaran ‘ping’ yang dikesan dan kini tiada lagi kedengaran isyarat tersebut kerana bateri yang menjana isyarat dari kotak hitam itu hanya tahan dalam masa 30 hari.

Selepas lebih sebulan pencarian MH370 yang hilang, tiada jawaoan pasti kepada persoalan-persoalan yang timbul tentang bagaimanakah sebenarnya pesawat tersebut yang menuju ke Beijing tekah berpatah apabila tiba di sempadan antara Malaysia dan Vietnam.A small search boat sits in front of the Australian Navy ship the HMAS Success as a RNZAF P3 Orion maritime search aircraft flies over it in the southern Indian Ocean as they look for debris from missing Malaysian Airlines flight MH370

Tidak juga siapa yang mengetahui mengapa pesawat itu tiba-tiba melencong jauh hingga ke selatan lautan Hindi, dan ianya hanya diketahui ramai apabila diumumkan Perdana Menetei Malaysia Najib Razak.

Manakala Tony Abbott, Perdana Menteri Australia, meningkatkan harapan minggu lalu apabila beliau berkata pihak berkuasa adalah “amat yakin” empat isyarat air yang kuat yang dikesan adalah dari kotak hitam di MH370.

Pesawat yang hilang pada 8 Mac itu, kini terus hilang, dan harapan kepada apa-apa persoalan yang timbul akan memperolehi jawapab, juga semakin hilang.