Mesyuarat Agung Gerak Semangat Istiqamah, Tarbiyah

190

KUALA TERENGGANU – Antara intipati utama yang sering diungkap sepanjang Mesyuarat Agung adalah semangat untuk terus Istiqamah dan mengerakkan tarbiyah yang lebih utuh dikalangan ahli.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, sebagai sebuah gerakan Islam, PAS tidak hanya memberikan tumpuan kepada politik dan pilihan raya sahaja.

“tetapi turut memberi fokus kepada tarbiyah dan dakwah.

“Tarbiyah adalah elemen yang membina kekuatan dikalangan ahli-ahli PAS bagi mempertahankan dasar, tujuan dan hala tuju perjuangan dalam parti.” tegasnya.


Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Terengganu itu berkata demikian selepas Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kuala Terengganu kali ke-47, di sini semalam.

Justeru beliau optimis Mesyuarat Agung tersebut akan menghasilkan keputusan yang lebih baik kepada semua.

“InsyaAllah, semoga Mesyuarat Agung hari ini menatijahkan semangat yang lebih kuat buat semua ahli untuk meneruskan perjuangan ini.” tambahnya.

Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Naib Presiden PAS, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.