‘Merempit Pula’ Di Malam Eidul Fitri

821

http://buletinonline.net/images/stories/berita32/RempitMalamRaya%20035a.jpgKUALA TERENGGANU – Persimpangan Semarak Bukit Tunggal di sini ‘gamaknya’ sudah menjadi litar tetap kepada Mat-mat Rempit apabila mereka merempit pula pada malam menjelang Eidul Fitri jam 2.00 pagi hari ini 10 September.

Beratus-ratus anak muda berkumpul dan mula menunjukkan lagak masing-masing dengan membuat pecutan sambil mengangkat motosikal mereka dan meluncur laju dengan satu tayar sahaja.

Tidak ada seorang pun penguatkuasa samada daripada Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ) atau pun polis trafik yang menghalang menjadikan mereka, bebas sebebas, bebasnya, menunjukkan pelbagai aksi.

Sementara itu, sekumpulan yang lain pula ‘joli sakan’ dengan membakar mercun dan bunga api, menambahkan daya tarikan kepada orang ramai menjadi pemerhati.

Kerajaan negeri Terengganu pada sidang Bajet tahun lalu (2009) telah meluluskan sebanyak RM30 juta bagi bajet 2010, untuk membendung gejala sosial dikalangan belia, termasuk gejala Mat Rempit.

Namun setelah sembilan bulan tahun 2010 berlalu, tidak ada tanda-tanda gejala Mat Rempit berkurangan bahkan hampaknya ia semakin menarik apabila bertukar litar dari litar lama, jalan Durian Burung kepada litar Persimpangan Semarak! 

Berita berkaitan;
Rempit “Merdeka”!