Menjunjung Kasih Kepada Agong Dan Tahniah

403

KUALA TERENGGANU – Majlis Syura ‘Ulamak PAS menjunjung kasih di atas perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang telah melantik YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Haji Hashim bin Jasin berkata, semoga Naib. Presiden Umno itu djpermudahkan Allah jua.

“Sekalung tahniah juga diucapkan kepada YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob di atas pelantikan tersebut dengan iringan doa agar beliau sentiasa dikurniakan taufik dan inayah Allah,

“Dalam melaksanakan amanah berasaskan manhaj dan panduan Rabbani. Sesungguhnya manhaj dan panduan Rabbani merupakan sebaik-baik manhaj kepimpinan yang boleh menjamin kesejahteraan dan kebaikan kepada semua umat manusia.” ujar beliau dalam satu kenyataan media, semalam.

Oleh itu, kata beliau, besarlah juga harapan PAS agar barisan ahli kabinet dan kepimpinan negara dipilih di kalangan mereka yang amanah.

” mempunyai kejujuran yang tinggi lagi berintegriti di samping keilmuan dan kemahiran dalam menguruskan negara ke arah yang lebih baik.” tambahnya

Dalam masa yang sama, PAS berharap, perpaduan antara sesama pimpinan parti politik dan rakyat Malaysia hendaklah sentiasa dipupuk.

” ke arah membina negara Malaysia yang harmoni, sejahtera lagi berpadu. Ia boleh berlaku menerusi pelaksanaan pelbagai polisi yang adil untuk semua tanpa mengira perbezaan kefahaman politik antara rakyat.” kata beliau.