HULU TERENGGANU – PAS mempersoalkan keputusan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu, mengapakah jalan dari Kuala Telemong Ke Kuala Jeneris masih belum dibuat?
Ketua Pemuda PAS Terengganu Ustaz Kamaruzaman Abdullah berkata, bajet kerajaan negeri yang melebihi RM 1 bilion setiap tahun, sedangkan jalan tersebut hanyalah kira-kira 10 kilometer sahaja panjangnya.
“hanya kira-kira jaraknya 10 kilometer sahaja…..walaupun ia dinatakan sebagai pakej ke lapan, apa salahnya kalau ia dibuat dan disiapka,
“apabila siapnya jalan ini, sudah pasti akan merancakkan aktiviti ekonomi penduduk setempat, walaupun bajet banyak setiap tahun tetapi perkara yang menjadi keselesaan rakyat dibelakangkan,” jelasnya.


Menurutnya, di sebelah kampung Kuala Jeneris, jambatan yang bernilai jutaan ringgi telah pun siap, namun jalan tersebut yang telah dibina sebahagiannya, terbiar begitu sahaja,
“ini diantara sambungan jalan dari Kuala Telemong sekiranya disambung, papan tanda (penunjuk arah) telah siap dibina tetapi dibiarkan begutu sahaja ditenggelami semak.
“sekiranya jalan ini disiapkan, betapa singkatnya perjalanan, pengguna dari Kuala Lumpur boleh terus mengambil jalan pintas setelah keluar dari (Lebuh Raya Pantai Timur 2) terrus ke Kuala Jeneris dan Tasik Kenyir,” ujarnya.


Oleh itu, kata beliau, alangkah baik, sekiranya jalan ini dapat disegerakan kerana ia sudah pasti meringankan beban perjalanan ibu ayah dan pelajar-pelajar serta tenaga pengajar yang terlibat.
“Begitu jugalah bandar baru bebas cukai Tasik Kenyir……rakyat Terengganu lihat sendiri bagaimana ‘signboard’ Gua Musang, Simpang Pulai, Sungai Tong, Kuala berang dah siap di bina tetapi dibiarkan sahaja ditumbuhi dengan semak samun,” katanya.


“Kita mohon sungguh- sungguh kepada yang bertanggungjawab khususnya pemimpin Umno-BN……..selamilah keperluan rakyat,
“kenapakah jalan ini tidak di segerakan sedangkan sudah bertahun-tahun perkara ini di war-warkan pada wakil rakyat di sini.
Justeru, beliau mendesak supaya pemimpin Umno dan BN yang memimpin negeri Terengganu pada hari ini, agar menyegerakan projek tersebut, untuk keselesaan rakyat jua.


























