Membangkang Berasaskan Prinsip Dan Dasar

1281

Oleh : Ustaz Dr Khairuddin Aman Razali

PAS menerima dan menolak sesuatu berasaskan prinsip dan dasar sebagaimana digariskan oleh Islam menerusi al Quran dan Sunnah.

1. PAS menolak GST kerana ia sistem dan dasar percukaian yang salah, zalim dan HARAM bukan hanya kerana ia tidak sesuai dilaksanakan sekarang

tolak GST2. PAS menolak TPPA kerana ia membuka campurtangan asing dalam ekonomi dan kerana ia perjanjian antarabangsa yang mengikat yang tidak dibenarkan menurut prinsip hubungan antarabangsa Islam bukan hanya kerana ia tidak menguntungkan.

3. PAS menolak penglibatan kerajaan dengan penubuhan Bank Pelaburan Infrastruktur Asean kerana ia bank berasaskan Riba di peringkat antarabangsa yang menjustifikasikan hutang dengan keuntungan riba yang merosakkan atas nama bantuan infrastruktur dan juga kesinambungan ekonomi kapitalis sedang semua ahli parlimen kerajaan dan pembangkang lain menerimanya di sidang parlimen yang lalu.

4. PAS menolak IMDB kerana ia syarikat pelaburan bermodal hutang Riba 42 bilion yang sudah pasti merosakkan ekonomi bukan hanya kerana ia syarikat pelaburan yang rugi dan gagal.

5. PAS mengkritik kejatuhan matawang kerana matawang kertas yang didagangkan adalah sistem yang silap dan salah merosakkan ekonomi dunia bukan hanya kerana Malaysia gagal menguruskan matawang.

flashmob 2411166. PAS mengkritik hadiah wang tunai atau jualan aset dengan harga di bawah harga semasa kepada penjawat jawatan kerajaan kerana ia adalah rasuah dalam Islam.

7. PAS mengkritik inflasi dalam negara kerana ia adalah hasilan dasar yang salah berasaskan ekonomi kapitalis dan sistem monopoli pengedaran barangan keperluan kepada pihak tertentu yang diamalkan oleh kerajaan.

8. PAS mengkritik dasar pengswastaan kerana ia adalah dasar yang salah dalam Islam dengan memindahkan aset negara dan perkhidmatan kerajaan kepada segelintir korporat yang akhirnya bermotifkan keuntungan perniagaan berbanding khidmat dan kebajikan yang penghujungnya menatijahkan kenaikan kos hidup pada hari ini.

9. PAS mengkritik bajet defisit kerajaan persekutuan sejak 19 tahun berturut-turut kerana ia adalah bercanggah dengan dasar bajet dalam Islam yang menetapkan kaedah berbelanja berdasarkan kemampuan.

TPPA Felda (2)10. PAS mengkritik dasar berhutang kerajaan kerana ia adalah hutang berasaskan Riba dan dasar hutang yang dijadikan sebahagian sumber pendapatan negara. Kesannya kerajaan persekutuan mencipta hutang 90 bilion pada 1997 dan meningkat kepada 188 bilion pada 2003 di zaman Mahathir, hutang 376 bilion pada 2009 di akhir era Abdullah Badawi dan hari ini hutang 650 bilion di zaman Najib.

MENOLAK dan MENERIMA SESUATU POLISI BERASASKAN PRINSIP DAN DASAR agar tidak menjadi lalang yang bergoyang ditiup angin dalam pendirian politik.

***Ustaz Datuk Dr Khairuddin Aman Razali ialah Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Ahli Parlimen Kuala Nerus
Ahad 4 hb disember 2016