Melampaui Batas Kemanusiaan

294

PAS Terengganu minta PBB Bertindak

PAS Terengganu mengutuk sekeras-kerasnya serangan Zionis Yahudi ke atas Palestin, Syria dan Lubenan sekaligus menyifatkan kejahatannya melampaui batas kemanusiaan.

Serentak itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Dr Alias Razak meminta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bertindak menghalang perbuatan itu dari berulang apa lagi di bulan Ramadan, ketika umat Islam melaksanakan ibadat puasa.

“Kezaliman Zionis Yahudi melampaui batas kemanusiaan dan sepatutnya PBB mengambil tindakan tegas supaya kejahatan itu tidak terus berulang,” tegasnya ketika ditemui di Majlis Solat Teraweh sempena Perasmian Madinah Ramadan di Dataran Drawbridge di sini.

Dr Alias yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata sejarah membuktikan bahawa menjadi tradisi Zionis Yahudi melakukan serangan bersenjata ke atas penduduk Palestin dan sekitarnya setiap kali tibanya bulan Ramadan.

“Setiap kali tibanya bulan Ramadan, Zionis Yahudi menyerang penduduk Palestin, jahatnya Yahudi ini,” tegas beliau.

Justeru katanya, “perbuatan zalum” mereka perlu dikutuk seluruh masyarakat antara bangsa tidak kira di mana mereka berada.

Tamat.