Media Kerajaan Kedua

463

Antara pemisah Pas dan Pakatan Rakyat dengan masyarakat adalah samada rakyat mendapat maklumat benar atau salah. Dalilnya, Semasa Pilihanraya Umum ke 12, 2008, semua Ibu Negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat kecuali 3 Negeri, Kangar, Perlis, Alor Setar, Kedah dan Johor Bharu, Johor. Itu pun di Alor Setar, Barisan Nasional cuma menang dengan majoriti 130 undi. Ibnu Khaldun menulis dalam kitabnya ‘Muqaddimah Ibnu Khaldun’, kalau nak ditawan sesebuah negeri, kena tawan ibu negeri terlebih dahulu. Sekarang, Cuma tinggal 3 sahaja lagi.

http://buletinonline.net/images/stories/berita29/newspaper.jpgDi Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur ada 11 kerusi Parlimen, 10 daripadanya dimenangi Pakatan Rakyat. Cuma satu kerusi parlimen dimenangi BN, di Parlimen Setiawangsa, itu pun dibantu dengan adanya 6,000 undi pos. kalau tak ada undi pos, insya Allah, BN tak akan tinggal batu nesan lagi di Kuala Lumpur. Kawasan ibu negeri, kawasan bandaraya, ini kawasan maju, kawasan orang ramai terdedah kepada pertimbangan maklumat yang luas. BN dah hampir tinggal batu nesan. Yang tinggal, kawasan luar Bandar, kawasan Melayu terutamanya kawasan Felda, tempat 100% pengundi melayu, masih kekal menjadi talian hayat UMNO. Bukan soal orang melayu tak nak sokong Pas, tak menyokong Pakatan rakyat, tapi soal mereka tidak mendapat maklumat yang benar.

Di Terengganu, kita ada dua kerusi parlimen yang tidak mempunyai Felda, Kuala Terengganu dan Marang, kedua-duanya dimenangi Pas.

Sebab itulah akhbar Pakatan Rakyat selalu dikenakan tindakan keras, Harakah, Suara Keadilan dan Roket, ini lidah rasmi parti politik yang sah berdaftar mengikut undang-undang Negara. Bukan akhbar terbitan suatu pertubuhan haram. Kalau Barisan Nasional nak kekal berkuasa, rakyat mesti terus dikelirukan. Akhbar Pakatan rakyat mesti diganyang.

Contohnya! Berita Harian, Utusan Malaysia, TV3, RTM pernah menyiarkan berita, Tan Sri Muhyiddin telah membentang usul di Parlimen mengutuk tindakan keji Israel menyerang kapal bantuan kemanusian, tapi tidak disiarkan berita bahawa Malaysia masih ada hubungan dagang dengan Israel walaupun tidak ada hubungan diplomatik. Kapal dagang Israel masih berlabuh di Pelabuhan Kelang. Tidak disiarkan berita, kerajaan Malaysia membayar 77 juta untuk menyambung setahun lagi kontrak Syarikat Perunding Israel, APCO.

TV, surat khabar, radio tak menyebut harga gula naik, minyak naik dan gas naik, tapi menipu rakyat dengan menyatakan, ini pelarasan subsidi. TV, suratkhabar, radio dengan bangganya menyiarkan kenyataan Dato’ Seri Najib, 40% rakyat Malaysia menghadapi masalah lebihan berat badan dan meningkatnya kes kencing manis, kenaikan harga gula tepat untuk kurangkan masalah kesihatan. Harap-harap selepas ini, selepas harga gula naik, bilangan orang sakit kencing manis pergi hospital akan berkurangan dengan mendadak.

Media kerajaan menyiarkan berita, tanah rizab orang Melayu di Kampung Baru, Kuala Lumpur akan dibangunkan tapi tak disiarkan berita 40% dari tanah rizab orang Melayu ini akan diberikan kepada Cina. Media kerajaan menyiarkan berita bahawa Negara kita telah menerima kapal selam Scorpene buatan Francis yang disimpan di Pengkalan TLDM Teluk Sepanggar, Sabah, tapi tak diberitahu kapal selam itu tak boleh menyelam. Bila ahli parlimen Pakatan Rakyat bertanya soalan dalam parlimen, kenapa dan sebab apa berlaku begini, pihak kerajaan menjawab, sebab kapal selam ini dibina di Francis, tempat iklim sejuk, laut sejuk, bila balik ke Malaysia, tempat iklim panas, iklim khatulistiwa jadi tak boleh menyelam. Tak menyelam, tak boleh dipanggil kapal selam, kena panggil kapal terapung. Komisyen saja 500 juta, last-last tak boleh menyelam.

Media kerajaan, siar berita Felda untung beratus-ratus juta, tap tak bagi tau wang di mana? Pelaburan di mana? Berapa aset Felda? Bagaimana nasib anak-anak peneroka generasi ke 2, masa depan mereka, Pendidikan mereka. Bila harga sawit naik berapa pendapatan mereka? Bila harga sawit turun berapa pendapatan peneroka?

Cabaran mass media ini perlu ditangani sebijaknya oleh seluruh pimpinan Pakatan Rakyat di semua peringkat sebagai antara tumpuan utama bagi merintis jalan ke Putra Jaya. Sarjana media ada menyebut. Kerajaan tidak dapat menjatuhkan media tetapi media dapat menjatuhkan kerajaan. Media adalah kerajaan kedua selepas kerajaan yang berkuasa.