Masa Hadapan Islam Di Bumi Palestin

492

Oleh : Adli Mohamad

KUALA TERENGGANU-Penentuan masa hadapan umat Islam adalah terletak di bumi Palestin yang menjadi keyakinan kepada seluruh penganut agama suci berkenaan yang menjadi kewajipan utama setiap muslim untuk memperjuangkannya.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata ia berdasarkan keimanan kepada janji-janji Allah dan rasulnya yang dinyatakan malah dilihat kekejaman yang dilakukan oleh musuh itu tidak berupaya melemahkan kemaraan dan kebangkitan pejuang agama Allah.

“Hari ini kita melihat berlakunya perang yang sedang berlegar dan berlansung di bumi Palestin bermula dari 8 Mei yang lepas sehingga hari ini saudara-saudara kita di Gaza berjaya melancarkan roket yang mencapai sasaran melebihi sejauh 200 kilometer.

“Kelmarin panglima al-Qasam menegaskan mampu menyerang negara haram Israel dan boleh bertahan selama enam bulan.

“Ini menunjukkan bagaimana perkembangan yang berlaku buka semakin hari makin lemah malah semakin kuat.

“Walaupun ditekan, dihalang, dan dikepung tetapi terus bersemangat meneruskan perjuangan ini,” ujarnya.

Beliau yang juga merupaka Pengerusi Sekretariat #Aid4Palestine berucap demikian secara maya di Harap TV bersempena Ceramah Perdana Majlis Pelancaran kempen berkenaan, pada Ahad, 16 Mei.

Perkembangan terkini menurut Ustaz Khalil Rejim Zionis semakin gerun melihat kebangkitan Islam.

“Dimana kita telah memberi respon terhadapa kenyataan yang dikeluarkan oleh negara haram berkenaan menyatakan akan mengambil tindakan termasuk membunuh sasaran yang terlibat dengan solidariti terhadap rakyat Palestin.

“Apa yang menarik menunjukkan bertapa gerunnya musuh Islam terharap kebangkitan umat yang menunjukkan semangat dalam diri umat ini tidak boleh dihapuskan,” tegasnya.

Katanya, untuk itu masyarakat Islam di seluruh dunia terutamanya negara ini perlu terus memberikan sokongan.

“kerana ia sangat perlu untuk memastikan kelansungan perjuangan berkenaan diteruskan, kerana kita merupakan mata rantai kepada mereka yang bersambung.

“Jihad ini adalah fardu ain, mereka bertempur dengan senjata dan kita berjihad dengan doa, melalui semangat dan juga sokongan moral serta harta benda yang kita salurkan kepada mereka,” ujarnya.

Dalam perkembangan terkini mengenai kempen yang dilancarkan tersebut telah mendapat respon positif semenjak ia mula dilancarkan.

“Berjaya mengumpulkan 100 badan bukan kerajaan (NGO) dan berjaya mengumpul pada hari pertama dilancarkan sebanyak 1 juta dan saya dimaklumkan sebentar tadi sudah mencecah lebih dari itu.

“Dalam masa sebulan ini kita menyasarkan untuk menyampaikan sumbangan tersebut pada 10 syawal dan kali kedua pada akhir syawal nanti,”ujarnya.