Marilah Sayangi Malaysiaku Dengan Meletakkan Islam Sebagai Cara Hidup

2238

Oleh : Cikgu Alias Harun

Kita akan menyambut Hari Kemerdekaan ke 61 tahun setelah kemerdekaan pertama pada 31 Ogos 1957. Kemerdekaan daripada British setelah British pulang ke negara mereka.

Tetapi kita mengharapkan kita merdeka dari sudut pelbagai aspek bukan saja dari segi pemikiran, malah kita mengharapkan kita dapat berada dalam keadaan merdeka terutama sekali bagi orang-orang Melayu, merdeka dari segi pemikiran, falsafah dan agama, Islam itu sendiri.

Dan kita mengharapkan dengan kemenangan PAS Negeri Terengganu ini, suatu perubahan dari segi pemerintahan akan menjelma kerana negeri Terengganu di bawah kepimpinan PAS, meletakkan Islam sebagai agama.

Dan kita mengharapkan dengan agama kita meletakkan perlembagaan Al-Quran, sunnah, ijmak dan qias ini merupakan cara hidup yang akan kita teruskan untuk memerintah negeri Terengganu ini.

Dan tema bagi kemerdekaan tahun ini ialah ‘Sayangi Malaysiaku’. Kita mengharapkan kita betul-betul sayang Malaysia supaya Malaysia ini tidak lagi dijajah dan kita mengharapkan kita tidak lagi terbelenggu dengan peninggalan-peninggalan ideologi daripada British ini.

Kemenangan Parti Islam SeMalaysia (PAS) bagi negeri Terengganu ini akan menampakkan suatu cara hidup dan dalam semua bidang, meletakkan Islam sebagai perjuangan kita.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/Alias%20Harun.jpg
YB Cikgu Alias Harun

Kita juga mengharapkan dengan pemerintahan mengikut Islam, sebagai penduduk negeri Terengganu ini kita akan mendapat redha Allah. Moga-moga apa saja yang kita laksanakan samada dari segi sosial, ekonomi, pentadbiran dan juga perkara-perkara yang lain, kita harap kita sentiasa dibimbingi oleh Allah.

Jadi marilah kita sama-sama menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 2018 ini dan

‘Sayangi Malaysiaku’ dengan meletakkan Islam sebagai cara hidup .

*** YB. Cikgu Alias Harun ialah Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang