Mari kita ikut Islam, peduli agama, peduli negeri dan Negara

813

Negeri kita yang kaya ni, tuan-tuan yang duduk di Kemaman, mini zoo kemaman itu, kerajaan peruntukkan RM24 juta pada tahun ni, tahun hadapan kerajaan tambah lagi perutukkan RM9 juta, jadi RM33 juta hanya untuk mini zoo di Kemaman , untuk bagi makan singa, bagi makan ular, untuk bagi makan rusa, bagi makan beruk RM33 juta.

Tapi kerajaan negeri Terengganu peruntukkan untuk pinjaman orang yang ingin melanjutkan pengajian, (pada) tahun 2011 sebanyak  RM5 juta, tahun 2012 RM4 juta,  (Untuk) 2 tahun RM9 juta sahaja untuk orang di negeri Terengganu  yang akan melanjutkan pelajaran untuk dapat pinjaman daripada Yayasan (Terengganu). Yang lain mana? PTPTN belake?

Sebab dia menganggap negeri Terengganu ni tak penting. Yang mengaji, ia tanggungjawab orang lain, jadi banyak (peruntukkan untuk) kera makan, banyak (untuk) monyet habis pitis!

Kita kena faham Islam  ni, kalau tak faham Islam, (jadi) rosak !! Le ni (sekarang ni) orang cakap pasal hukum Hudud , hukum Hudud adalah hukum islam yang datang daripada Allah,  Allah Ta’ala sendiri yang susun, Allah Ta’ala sendiri buat, Allah Taala sampai kepada nabi Muhammad, Nabi Muhammad buat, Nabi suruh kita buat sebab kita ini hamba Allah.

Ada juga orang kata hukum Hudud ni zalim , MCA kata, presiden MCA kata lagi teruk, dia kata orang puan (perempuan)  Islam ni, tak (ber) salam dengan orang lelaki ajnabi, teruk!

Mana boleh, bukan setakat salam, tengok mata pun (ter)liur dah wase (berasa). Lepas 3 hari program ni, tengok lah ada lalu masuk minang. Tangan orang puan ni, lebih lembut daripada tisu, lebih wangi daripada minyak wangi .

Tapi musuh Islam, Presiden MCA hina wanita islam, dia kata wanita Islam tidak bersikap terbuka, Cikgu mala tidak bersalam dengan orang lelaki , ketinggalan zaman, sedangkan itu maruah orang melayu Islam.

Pengerusi MCA negeri Terengganu  kutuk hukum hudud, dia kata, hukum hudud ketinggalan zaman, hukum hudud zalim, hukum hudud ekstrimis.  Semua kenyataan itu, sebenarnya bukan sahaja mengutuk Islam, tapi menghina Allah, menghina Nabi, menghina kita semua, kerana kita semua ini adalah umat Islam yang dicipta oleh Allah.

Kita sanggup ke tidak orang hina hukum kita? Ugama kita, kita sanggup tak? Orang kutuk agama kita walaupun kadang-kadang sembahyang pun lewat, tapi jangan hina Islam. Oleh kerana itu, mana-mana pemimpin yang hina hukum Allah, agama Allah, ini adalah pemimpin yang hina Allah Taala.

Perdana Menteri sendiri kata, kita takkan izinkan pelaksanaan hukum  hudud dalam Negara kita, hukum Hudud ni, hukum Allah Taala, kita pijak bumi siapa? Bumi Allah Taala juga. Langit siapa yang kita junjung? langit Allah, udara yang kita hidu, Allah yang buat, semua makanan yang kita makan, Allah yang buat. Tiba-tiba tak mengizinkan  hukum Allah untuk dibuat di muka bumi ini?

Sebab itu lah Negara kita mewah, tapi tahu sendiri lah mewah pun, beli itik kat Kenyir tu, ada itik angsa, ada burung, harga dia RM4 ribu seekor, sedor-sedor makan di biawak , makan di burung helang, habis duit, umat Islam jauh dari agama.

Jadi persoalan yang ada pada hari ini, dengan kekayaan yang Allah beri kepada negeri dan Negara kita, isu yang berkait dengan apa-apa, pemuda kena ambil cakna, itu pitis dia, takdop, atas dunia ni bukan pitis orang, tapi milik Allah, milik rakyat.

RM250 juta, beli lembu 1000 ekor, orang boleh projek, RM250 juta,  tiba-tiba RM250 juta duit rakyat, duit kerajaan, kata nak bela lembu, lembu hanya 1000 ekor sahaja. Berapa harga sekor lembu? Kita dapat RM100 ringgit je, dah lah RM100 ringgit, kena potong PIBG, nak beli nasi lemak dok dang, takdok blake doh okk? Dok dang 2 hari, dok dang buke sekolah lagi, habis dah!

Sebab itu kita kena letak dekat dengan agama, mari kita sepakat sayang Islam, jadi hamba Allah, hidup kita mesti sayang akan agama Allah, hidup kita mesti bela agama kita, hidup kita mesti kenal agama Allah SubhanaWaTaala.

Ambil peduli tentang agama, tentang negeri dan Negara. Jangan biarkan orang guna sebarang harta yang dikurniakan Allah Taala untuk diri mereka sehingga mereka punah dan rosak dan jauh daripada agama.

*** Sedutan dari Ucapan Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, ADUN Bukit Payong, sewaktu merasmikan Kem Jati Diri Remaja dan Pemukiman DUN Kijal pada Jumaat 16 Disember, 2011

http://www.youtube.com/watch?v=XFwVCh9Ngjg