

KUALA NERUS – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir mestilah dikalahkan pada pilihan raya umum kali ini, kerana beliau sudah tidak mampu lagi membawa pembangunan yang bermanfaat kepada penduduk.
Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Teregganu Dr Alias Razak berkata, PAS bimbang projek Akuapolitan Kuala Nerus yang dilancarkan oleh Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dengan kos RM 180 juta, akhirnya akan menjadi projek ‘gajah putih’.
Katanya, projek yang telah dilancarkan pada dua tahun yang lalu itu, belum nampak dilihat, sebarang pembangunan dilakukan.


“Projek bernilai RM180 juta yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak pada 23 Mei 2016,
“dan dibuat di kawasan Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman di Seberang Pak Abu,


Beliau berkata demikian ketika ditemui di tapak projek tersebut pada Rabu, 25 April.
Turut sama meninjau ‘janji-janji manis’ kerajaan Barisan Nasional (BN) itu ialah calon PAS bagi DUN Seberang Takir, Haji Fazil Mohd.
Sehubungan itu, Dr Alias yang juga mantan ADUN Bukit Tunggal tidak yakin ia akan dapat memberikan faedah kepada nelayan mahu pun penduduk setempat.


Ia adalah kerana, kata beliau, projek tersebut dilancarkan tanpa apa-apa kajian yang meyakinkan.
“Sekarang ini yang menjadi masalah kepada kita ialah projek ini dibuat tanpa dibuat apa-apa kajian kesesuaian ‘feasiblity’ (kebolehlaksanaan) sebelum diwar-warkan,
“Setelah begitu lama ianya dirasmi dan dilancarkan sekali dengan bajet barulah kerajaan buat satu MoU dibuat dengan UMT untuk buat kajian dan sehingga hari ini tidak dikemukan (apa-apa hasil kajian) dalam Dewan Undangan Negeri,
“Dan semua projek (kerajaan) harus dikaji dengan teliti supaya tidak terus menerus berlaku (tindakan) membazirkan duit rakyat ratusan juta hingga bilion ringgit tanpa faedahnya,” tegasnya.


Katanya, selama lapan tahun Kejohanan Perahu Layar ‘Monsoon Cup’ berjalan ia telah memakan belanja sebanyak RM 1 bilion.
”ia juga ketika dilancarkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi didakwa mahu membantu para nelayan,
”tetapi satu apa pun tidak ada (memberi) faedah kepada para nelayan,” tegasnya.
Katanya, Idris juga membina projek membina Taman Ilmu dengan kos RM400 juta, juga menjadi projek tergendala dan terbiar.


Justeru itu, beliau berharap agar rakyat dapat memilih calon PAS pada pilihan raya yang akan berlangsung pada 9hb Mei depan.
”kali ini….kita jatuhkan bekas Menteri Besar ini, kita naikkan calon kita (PAS) kerana memang dia (Razif) tidak ada kemampuannya,
”dari segi ideanya (dan) kemampuannya untuk memajukan negeri Terengganu dan Seberang Takir sendiri,
”untuk menyelamatkan duit rakyat daripada (terus) membazir,” jelasnya



























