Terengganu, Malaysia

Manifesto PAS Solusi Atasi Masalah Rakyat

Ustaz Hashim Jasin

Oleh : Sumaiyah

MARANG – Manifesto PAS Pusat yang akan dilancarkan oleh Presidennya Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, akan memberi solusi bagi mengatasi masalah rakyat.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Haji Hashim Jasin berkata, ia yang akan didedahkan kepada umum pada Ahad 18 Mac akan mencakupi pelbagai bidang.

“Maklumat ataupun asas-asas yang terdapat dalam manifesto jika dilihat satu persatu, yang akan dibentangkan,

”nanti boleh membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi negara hari ini, dari segenap bidang dan sudut,” ujar beliau.

Manifesto PAS Solusi Atasi Masalah RakyatBeliau berkata demikian pada Sidang Media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Marang kali ke-34 bertempat di Dewan Tok Guru Rusila, pada Sabtu 17 Mac.

Ustaz Hashim turut menegaskan, rakyat perlu memberi peluang dan memilih PAS pada pilihan raya umum kali ini.

“Ini keyakinan kita……beri peluang, dan rakyat kena yakin dengan keputusan yang dilaporkan di Parlimen baru-baru ini, menunjukkan bahawa PAS bersih,

”daripada unsur-unsur seperti rasuah dan sebagainya. Orang jenis inilah yang perlu kita tonjolkan sebagai pemimpin,

“saya selalu sebut..pemimpin yang kuruskan diri untuk gemukkan rakyat, itu yang kita kena cari. Bukan pemimpin nak gemukkan diri dan menguruskan rakyat. Ini didapati ramai dalam PAS, tapi jarang nak jumpa bagi parti-parti lain,” jelasnya.

Manifesto PAS Solusi Atasi Masalah RakyatOleh itu, beliau berkata, masalah yang dihadapi oleh negara sekarang ini mesti diselesaikan dengan merujuk kepada panduan Allah SWT.

”Allah yang jadikan kita. Ini pegangan kita,” ujar beliau.

Menurutnya, sembilan teras akan diletakkan dalam Manifesto PAS antaranya, aspek pendidikan, sosial.

“Tumpuan diberikan dalam bidang pengurusan, agihan pendapatan dan kekayaan ekonomi antara bandar serta luar bandar.

”itu salah satu daripadanya, yang nampak berlaku jurang yang luas. Kita berikan tumpuan lain..Yang di bandar juga rakyat, yang di luar bandar pun rakyat,” tambah beliau.

Manifesto PAS Solusi Atasi Masalah RakyatKetika ditanya berkenaan isu Dato’ Mahfuz Omar yang telah keluar dari PAS, Ustaz Hashim berkata, hanya empat orang sahaja yang mengikuti bekas Naib Presiden PAS itu.

“Ianya beri kesan positif kepada Parti. Beliau (Mahfuz) empat orang termasuk isteri, anak dan menantu keluar PAS, (sebaliknya) kemudian datang 500 orang yang lain sertai PAS. Namun, pintu masih terbuka untuknya kembali”,

Beliau sebelum itu turut memberi penekanan berkenaan sikap ahli terhadap pemimpin dalam berjemaah.

“Sebagai ahli, kena wala’ kepada kepimpinan dan keputusan jemaah. Dalam kaedah berjemaah juga, Presiden atau pemimpin utama mempunyai hak istimewa untuk memutuskan sesuatu perkara,” kata beliau.

Sidang media itu turut disertai oleh Haji Yahaya Ali, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu merangkap Yang di-Pertua PAS Kawasan Marang serta Pengarah Pilihanraya PAS Negeri Terengganu, YB Ustaz Ariffin Deraman.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan