

Katanya semua jalan utama boleh dilalui tetapi beberapa jalan kampung di Marang, Hulu Terengganu, Setiu, Kemaman dan Dungun masih ditutup.
Sehubungan itu, ADUN PAS Kawasan Sura Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli telah melakukan lawatan ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Bandar Dungun petang semalam, 3 Disember.
Beliau yang juga Pengarah MTD Sura turut diiringi beberapa orang Ahli Jawatankuasa MTD Sura, Pemuda dan Muslimat. Isteri ADUN Sura, Puan Hajjah Siti Zaliha Mohd, turut serta menemui mangsa banjir semasa lawatan ini.
Menurut catatan di pusat tersebut, seramai 107 orang daripada 27 keluarga telah ditempatkan di situ yang terdiri dari 4 buah kampung, iaitu Kampung Batu 48 seramai 44 orang, Bukit Chatak 13 orang, Jalan Lembah 45 orang dan Teluk Lipat 5 orang.



























