SETIU – Kerajaan negeri dibawah kepimpinan PAS akan memanfaatkan kesuburan dan keluasan tanah di negeri ini bagi memastikan bekalan sumber makanan mencukupi dan mengegelakkan pengaliran wang keluar negara.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan pembangunan Desa, Dr Azman Ibrahim berkata, segi karenah birokrasi akan dikurangkan supaya rakyat dapat menikmati faedah dan ruang masa yang ada.
“Kita sangat menghargai kerjasama yang dibuka diantara kerajaan negeri dan pusat serta semalam Datuk Baharuddin iaitu Pegawai Khas kepada Setiausaha Kementerian Pertanian dan Asas tani menelefon secara peribadi untuk bincang secara santai,


“apa yang boleh dimanfaatkan daripada peruntukan kerajaan pusat walaupun kerajaan pusat dan negeri diperintah oleh parti yang berbeza supaya kita tidak ketinggalan,
“serta memanfaatkan bumi yang dianugerahkan oleh Allah dengan tanah yang luas dan subur dan insya Allah pihak kerajaan akan cuba bantu sedaya upaya mungkin dengan kerjasama dengan jabatan yang berkaitan supaya ruang boleh dimanfaatkan secara langsung kepada rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media semasa melawat Projek Nanas MD2 Bukit Kecil, pada Jumaat, 18 Mei.
Menurut beliau, satu program yang dipanggil sumber kekayaan baru dalam sektor pertanian di bawah kementerian, akan dikembangkan.
Kata Dr Azman, katanya, ia termasuk tanaman durian, jagung bijian, tanaman kelapa, nanas dan tanaman rumput ‘napier’ untuk lembu tenusu serta kulinari bahagian masak memasak.


“dan nanas juga merupakan sumber kekayaan baru dan hari ini ada satu jenis nanas baru yang dipanggil nanas MD2 serta mempunyai kelebihannya yang manis dan tidak ada rasa gatal-gatal bila kita makan serta mendapat permintaan tinggi,”ujarnya.
Tambahnya, Lembaga Perindusrian Nanas negara menggalakkan para petani menanam tanaman nanas dan pihak Lembaga akan beri bantuan baja dan anak benih 20 ribu kali yang pertama bagi satu ekar.
“Penanaman kelapa dan nanas boleh diintergrasikan bermakna jarak durian biasanya orang tanam 40 kaki dan diantara pokk durian kita boleh bariskan dengan tanaman nanas,
“Jadi ini bermakna sementara menunggu durian dapat mengeluarkan buah dan kita boleh mendapat hasil daripada tanaman nanas,” jelasnya.




























