Mana-mana Pihak Ada Maklumat Lapor Kepada SPRM

489

KUALA TERENGGANU – PAS cabar sesiapa sahaja yang ada maklumat tentang isu yang dibangkitkan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini, membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bendahari PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, Ahli-ahli Yang Berhormat juga boleh secara terbuka mengemukakannya di luar sidang DUN.

“dia boleh beritahu kepada SPRM, kalau mereka mahukan penjelasan seterusnya tentang pelaburan ada di Yayasan,

“saya dapat maklunat pelaburan itu dibuat dengan prosedur yang tepat dan yabg baik dan kita tunggulah apa yang diputuskan oleh SPRM,” jelasnya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan, Dakwah dan Penerangan negeri berkata demikian pada program Ceramah Khas Sidang Parlimen dan DUN, secara langsung menerusi Harap TV, semalam.

Oleh itu, kata beliau kerajaan boleh menjawab persoalan yang dikemukakan oleh ADUN Kijal dengan mudah, tetapi tidak mahu mengganggu SPRM yang sedang membuat siasatan.

“dibimbangi jawapan-jawapan kita, kenyataan-kenyataan kita mengganggu siasatan dan diketahui maklum oleh SPRM,

“masalah tangkap atan tidak bukan kerja kita, persoalan ADUN itu memperlekehkan SPRM, dia sedar kerja dia, yang mana perlu ditangkap yang mana yang perlu disiasat,” ujar beliau.

Justeru tegas Ustaz Mohd Nor, kerajaan negeri Terengganu tidak mencampuri urusan SPRM, bahkan membuka ruang seluas-luasnya untuk melakukan sebarang siasatan.