Malang Tidak Berbau!

2889

Oleh : DMS

SETIU – Malang tidak berbau,ketika orang lain bergembira di malam hari raya, Siti Aminah Embong, 81, dari Kampung Merang terpaksa tinggal sehelai sepinggang akibat rumahnya yang terbakar musnah, dijilat api.

Kebakaran yang berlaku akibat daripada litar pintas itu telah mendapat perhatian dan tindakan segera daripada Ahli Parlimen Setiu Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir.

“In Sha Allah kita akan bantu Siti Aminah ini dengan kadar segera melalui apa jua saluran agar beliau dapat meneruskan kehidupan seperti sediakala,” Katanya, yang datang menziarahi rumah Siti Aminah selepas selesai menunaikan solat sunat Aidilfiti,pada Jumaat, 15 April.

Sehubungan itu, beliau turut memuji tindakan pantas Penyelaras DUN Permaisuri, Ustaz Zul Bhari Abdul Rahman dan orang kampung yang datang membantu Siti Aminah semasa kejadian berlaku.

“terima kasih pada Ustaz Zul Bhari dan mereka yang membantu Siti Aminah yang uzur untuk menyelamatkannya daripada sebarang kejadian lebih buruk berlaku,” katanya lagi selepas menyampaikan bantuan kepada Siti Aminah yang kini menumpang tinggal di rumah saudaranya di Pagar Besi, Batu Rakit.

Menurutnya beliau telah memaklumkan tentang kebakaran itu kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“buat masa sekarang segala maklumat berkaitan Siti Aminah telah di hantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk di ambil tindakan segera,

“dan bantuan lain akan di susuli oleh agensi yang berkaitan termasuk pihak Penyelas DUN Permaisuri,” jelasnya