Makanan Percuma Untuk Petugas Dan Mangsa Banjir

119

HULU TERENGGANU – Kelab Aktivis Media Inspirasi (KAMI) iaitu sebuah NGO telah menggerakkan semula program DAPUR KAMI, program makanan percuma kepada ‘Petugas dan Mangsa’ banjir.

Ketua Kluster Kebajikan KAMI, Azizah Mahmood berkata, sejumlah 200 kampit beras dan 200 bungkus nasi minyak telah diagihkan kepada semua penduduk.

“yang dimasak oleh KAMI di masjid telah diagihkan kepada semua penduduk Kampung Kepah yang terlibat dan termasuk para petugas,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di masjid kampung terbabit pada Selasa, 29 Disember.

Menurutnya, program itu bertujuan meringankan sedikit beban kepada mangsa banjir dan memberi semangat untuk petugas banjir.

“supaya sifat tolong menolong ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang, pepatah mengatakan ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’ inilah yang patut diterapkan oleh semua pihak,” jelas Azizah.

Sehubungan itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Mohd Nasrun Abdullah berkata, banjir melanda kampungnya, saban tahun.

“setiap tahun akan dilanda banjir kerana kedudukannya berada di kawasan yang bertanah rendah, “ujarnya.

Justeru, beliau memohon jasa baik Ahli Parlimen Dato’ Rosol Wahid yang juga Timbalan Menteri, prihatin dengan keadaan yang menimpa penduduk.

“Untuk banjir kali ini, sebanyak 168 buah rumah yang terlibat daripada 235 buah rumah keseluruhan di kampung ini,” tambah beliau.

Wakil sukarelawan KAMI, Zam zam Zakaria pula berkata, pihak KAMI akan sentiasa komited untuk membantu mana-mana kawasan yang terjejas akibat banjir jika masa, ruang dan kecukupan lain mengizinkan.

” KAMI sebuah NGO Media, bukan sahaja tertumpu kepada masalah banjir sahaja, KAMI juga membuat pelbagai program contohnya berbuka puasa bersama fakir miskin, bantuan kemanusian untuk negara yang bergolak dan sebagainya,” jelasnya.