Majukan Setiu Jadi Agenda Utama

65

SETIU – Sebagai membalas jasa rakyat Setiu yang memberi respon positif sepanjang kempen Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 terhadap calon Perikatan Nasional daripada PAS akan dipastikan agenda memajukan daerah terus menjadi.

Calon Parlimen PN, Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, beliau merasakan penggal yang lalu walaupun berjaya membawa kemajuan baru dengan mewujudkan pelbagai prasarana dan infrastruktur yang baik, namun masih banyak lagi perkara masih tidak lagi diluluskan oleh pihak kementerian.

“Antaranya ialah mewujudkan Pejabat Kesihatan Daerah Setiu yang baru, Klinik Kesihatan Jabi, Balai Polis Alur Lit, juga menaiktaraf mini stadium dan banyak lagi perkara yang saya dah sebut banyak kali sebelum ini pada Persidangan Dewan Rakyat namun masih belum diluluskan.

“Ini adalah misi saya untuk meneruskan kerja-kerja yang belum selesai sepanjang empat tahun yang lalu untuk terus membawa kemajuan di daerah ini, jika diberikan mandat sekali lagi , akan dibangkitkan balik untuk semua perkara ini supaya dapat diluluskan untuk memastikan Setiu berkembang maju,”ujarnya.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Setiu berkata demikian selepas menyantui pengundi awal, di Balai Polis Batu Rakit dan juga Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu, di sini, hari ini.

Dimana beliau telah mendahului calon-calon lain seawal pagi, dimana kehadirannya itu telah disambut baik oleh Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan, Afandi Hussin.

Dalam pada itu beliau turut melahirkan keyakinan akan berlaku perubahan di kalangan anggota polis di daerah berkenaan yang akan memberikan undi berdasarkan situasi terkini.

“Akan mengalami perbezaan berbanding PRU-14 yang lalu, yang biasanya kita hanya dapat jumlah yang sedikit daripada pengundi awal, tetapi untuk kali ini akan berlaku perubahan kerana mereka lebih berani untuk memilih calon mereka sendiri yang dilihat lebih berkaliber untuk membawa suara rakyat demi kesejahteraan negara,”ujarnya.