Majlis Raya Bersama PM, Plilihan Raya Bersama PAS, PN

270

( Gambar; Dr Azman mengiringi YAB Menteri Besar menerima kunjungan hormat dari Dr Mohamad Maliki Osman, Minister Prime Minister’s Office, Second Minister, Ministry of Foreign Affair, Ministry of Education Singapore serta Mr Vanu Gopala Menon, Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura di Kuala Lumpur bersama rombongan)

Rakyat di negeri Terengganu, Kedah dan Kelantan dialu-alukan hadir Majlis Raya bersama PM, namun waktu pilihan raya nanti, mestilah undi PAS dan PN.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Dr Azman Ibrahim berkata, ” orang nak mari beraya di negeri kita, silakan…”.

Tidak ada masalah, ujarnya, untuk menyambut ‘hari kemenangan’ umat Islam itu setelah sebulan berpuasa.

“Raya je, jangan pula kaitkan dengan PRN. Kalau nak kaitkan pun ok je.

“Hari raya dan pilihan raya adalah tak serupa dan tak sama walaupun kedua-duanya ada raya.” tambah beliau.

Menurutnya, hantu raya, jalan raya, balai raya, Pudu Raya, bunga raya, Jabatan Kerja Raya, lebuh raya dan pelbagai lagi raya yang wujud di Malaysia. .

“Semuanya tak sama dan tak serupa. Nak bagi mudah faham,

“pergilah hadir majlis raya bersama PM tapi bila pilihanraya undilah PAS/PN. Tak salah pun sebab kedua-duanya tidak ada persamaan.” jelas Exco Pertanian Terengganu itu.