MARANG – Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed ialah diantara pemimpin yang menentang usaha PAS menyebarkan Islam di kalangan rakyat negara ini.
Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS berjaya menyampaikan Islam di kalangan para pegawai kerajaan dan para mahasiswa.
Katanya ia menyebabkan pertembungan diantara mereka yang mahukan Islam dan yang tidak stuju dengan Islam.
”terang-terang saya sebut…….yang jadi ketua tak setuju dengan Islam (ialah) Dr. Mahathir……maka berlaku pertembungan dalam kerajaan (campuran) kerana ketegasan kita (PAS),


Ahli Parlimen Marang itu berkata pada hari ini PAS mempunyai kekuatan mempunyai 196 kawasan daripada 222 parlimen dan mempunyai sejuta ahli di seluruh Malaysia.
Menurutnya, cara PAS berpolitik adalah mengikut sunnah dengan mengadakan ‘tahaluf siyasi’, persefahaman dengan parti-parti politik dan berjaya memenangi Kelantan, Terengganu dan Kedah.


”hasil dakwah PAS menjadikan Ketua Hakim Negara, Peguam Negara dan ramai para hakim serta beberapa wakil rakyat kerajaan menyokong cadangan PAS (mahu melaksanakan syariat),
”ini menakutkan DAP dan parti-parti bukan Islam, kerana apabila undang-undang Islam diamalkan, orang bukan Islam akan memilih hukum Islam,” jelasnya.
Juteru itu, beliau mengajak rakyat mempertahankan Islam dan umat Islam di negara ini dan jangan berpecah belah.


”PAS meletakkan syarat untuk membolehkan Islam itu dilaksanakan, dengan sesiapa yang boleh terima syarat tersebut,
”dalam politik kita mesti pandai…….mesti cerdik, orang-orang Islam mesti menguasai politik, mesti menegakkan kerajaan yang kita mahukan,” tambah beliau.





























