Libya dalam cabaran!

884

Berdasarkan sumber berita barat ( walapun CNN, BBC, reuter dll diragui dan penuh propaganda) tetapi yang jelas pihak pejuang (di sebut rebels atau pemberontak) semakin dekat mencapai kemenangan sejak kebangkitan  rakyat Libya menentang pemerentahan Muammar Gaddafi bermula bulan mac tahun ini. Sumber berita tersebut menyatakan mereka telah menembusi kubu kuat Gaddafi di kompleks Bab al-Aziziya yang menjadi ibu pejabat pentadbirannya  dan sedang berusaha menawan kubu terakhir di bandar dan kampung halamannya di Sirte. Walau bagaimanapun mereka juga tidak menafikan pertempuran antara kedua belah umat Islam ini terus berlaku termasuk di kawasan dan bandar yang dikuasai oleh golongan pejuang. Walaupun Gaddafi semakin berundur, tetapi tiada siapa yang tahu di mana beliau berada setakat ini. Ada kebimbangan Gaddafi yang terkenal ganas, sanggup melakukan apa saja termasuk menggunakan senjata kimia atau biologi sebagai senjata terakhirnya.

Golongan pencinta Islam sedang memerhatikan episod perkembangan di Libya ini dengan penuh minat dan debaran. Memang mana-mana perjuangan atau revolusi rakyat memakan korban – sudah ribuan nyawa dan harta benda yang tidak ternilai musnah, tetapi isu utamanya siapa yang berkuasa selepas ini. Mampukah pihak pejuang melalui Majlis Peralihan Kebangsaan atau NTC (National Transitional Council) menyatukan pelbagai puak yang menjadi budaya dalam masyarakat Libya sekiranya mereka menang dalam perjuangan ini. Setakat mana mereka mampu pertahan kedaulatan negara mereka pasca Gaddafi tidak dikuasai oleh barat sebagaimana pengalaman klasik di Iraq.

Baca lagi dari sumber>>