Oleh : Cik Ana
Kuala Nerus – Dewan Muslimat PAS Malaysia dijangka akan meletakkan lebih ramai calon pada pilihan raya akan datang.
Ketuanya, Ustazah Nuridah Salleh berkata, yang pasti dalam ilmu Allah sudah ada dan dalam jumlah yang selesa.


Tambah beliau ” bukan perlu dan memang kena ada, jumlah yang ramai Sabah Sarawak semua sekali”.
Beliau berkata demikian pada Sidang Media di tapak Himpunan Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal di sini pada petang Isnin, 25 September.
Sehubungan dengan itu Ketua Lajnah Penerangan dan Hubungan Media (DMPM) Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan berkata, ” Tuan Guru Presiden pun dah nyatakan untuk PRU kali ini PAS akan manampilkan lebih ramai calon muslimat berbanding pada PRU yang lepas,
“jadi sikap terbukaan yang ditunjuk oleh Tuan Guru itu kami cukup sanjungi, kami sambut dengan baiklah… Insyaa Allah”.


“Insyaa Allah DMP di semua peringkat dari Pusat sampailah negeri dan kawasan ramailah tokoh – tokoh kepimpinan muslimat yang layak untuk menjadi calon ini termasuk DHPP dan kita boleh tampilkan , katanya
Tambah beliau “Kita berharap dan juga pertimbangan dari semua pihak bukan di peringkat Pusat sahaja malah di negeri pun memberi laluan kepada muslimat”.


“sebab program- program lain kita tidak nampak satu pun yang boleh memberi motivasi, ilmu dan bentuk kekeluargaan”
“kita pagi ada sukan pantai, pemuda muslimat ada program, petang majlis ilmu, ada pelancaran jentera pilihanraya, malam program kemuncak dan saya yakin dan malamnya yang pergi ke sana pun akan datang ke sini.



























