LCS: Episod Duka Pertahanan Negara, Siasat Segera

167

KUALA TERENGGANU – Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menggesa siasatan menyeluruh dan tindakan tegas diambil terhadap pihak yang terlibat dalam skandal perolehan kapal peronda generasi kedua – Littoral Combatant Ship (LCS) untuk kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Ketua Penerangannya, YB Senator Ir. Ts. Haji Khairil Nizam Khirudin berkata, parti itu yakin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menjalankan siasatan menyeluruh serta mempunyai bukti yang cukup untuk pertuduhan individu ataupun syarikat yang terlibat.

“tindakan tidak bertanggungjawab serta merugikan wang negara.

“Pendedahan menerusi laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menunjukkan bahawa pembayaran oleh kerajaan sebanyak RM6.083 bilion telah hilang tanpa sebarang hasil.,” ujarnya dalam satu kenyataan media.

Menurutnya, sehingga hari ini, tiada satu pun daripada enam kapal tersebut diserahkan kepada TLDM.

Lebih malang kata beliau, pandangan TLDM selaku ‘end user’ tidak diendahkan oleh Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) dalam pelaksanaan projek ketika itu.

“sepuluh surat teguran, surat tidak puas hati dan surat memaklumkan pendirian TLDM oleh mantan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Dr Abdul Aziz Jaafar telah dipandang sepi.” tambah beliau.

Oleh itu katanya, isu tersebut telah mencemarkan kredibiliti pertahanan negara memandangkan perolehan LCS merupakan keperluan kritikal bagi TLDM.

“Keupayaan tempur TLDM mestilah selari dengan kemajuan landskap keselamatan geostrategik dan geopolitik serantau.

“PAS mahu kelancaran terhadap pelaksanaan projek LCS diambil serius oleh MINDEF.” tegasnya.

Justeru itu kata beliau, PAS menyeru kepada semua pihak bersama memberi sokongan terhadap langkah yang diambil pihak berkuasa terutamanya SPRM.

“Kerajaan perlu tegas dan pastikan mereka yang telah merobek maruah pertahanan negara segera dibawa ke muka pengadilan.” ujarnya lagi.