Lawatan Dato’ Tuan Ke Kelantan Dan Terengganu

1155

KUALA TERENGGANU – Timbalan Presiden PAS yang juga Menteri Alam Sekitar Dan Air, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man akan mengadakan lawatan kerja selama tiga hari dari 4 hingga 6 Julai ke negeri Kelantan dan Terengganu.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementeriannya, beliau akan berada dan melawat beberapa projek di negeri Kelantan pada 4 dan 5 Julai sebelum meneruskan program ke Terengganu pada keesokannya.

“Lawatan tapak Sambutan Hari Alam Sekitar di Kubang Kerian, Pejabat Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan, Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Golok (KESBAN) fasa 1 dan lawatan projek PLSB Sungai Golok,” menurut kenyataan itu lagi.

Manakala di negeri Terengganu, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dimaklumkan akan melawat dua kawasan yang terjejas akibat terjejas di Marang dan Dungun.

Selain itu, kenyataan Kementerian Alam Sekitar Dan Air (turut) menyenaraikan Pejabat Menteri Besar Terengganu di Wisma Darul Iman pada awal pagi Isnin.