Lagi Serahan Suratan Hak Milik Tanah Terkilan

233

Olleh : Pyang Mamat

KEMAMAN – Kerajaan PAS Terengganu terus bergerak kehadapan, mengotakan janji manifesto dengan Penyerahan geran dan borang 5A tanah Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Terkilan 2004.

Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman, YB Ustaz Che Alias Hamid, penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal terus mendapat nikmat, walau pun dimenangi parti lain.

“seramai 215 orang lagi menerima suratan hak milik dan borang 5A yang melibatkan RTB katogeri kediaman di Bukit Panjang, Beris Meraga, Teluk Kalong, Pondok Pasir dan RTB katogeri pertanian iaitu di Sungai Mekelok.

“saya bersyukur kerana diberikan nikmat dibulan yang mulia ini,” ujarnya.

“Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah kerana pada bulan Ramadhan bulan yang mulia ini kita semua dianugerahkan nikmat setelah 17 tahun kita nantikan iaitu semenjak tahun 2004.

“Ini adalah salah satu janji kerajaan PAS Negeri Terengganu yang telah berjaya ditunaikan dengan kerjasama Pejabat Tanah iaitu menyelesaikan masalah tanah rakyat yang dinafikan di negeri Terengganu,” tambahnya.

Che Alias yang juga sebagai Ahli Parlimen Kemaman mengingatkan peserta yang menerima borang 5A supaya dapat menjelaskan bayaran premium tanah yang diterima.

“Saya mengharapkan agar semua yang menerima tanah ini dapat menjelaskan bayaran premium tanahnya secepat mungkin.

“Jika tidak mampu untuk melunaskan kesemuanya dalam satu masa, ianya juga boleh dilakukan secara berperingkat di Pejabat Tanah,” katanya.

Turut hadir ialah Pegawai Penyelaras DUN Kijal, Ustaz Hazri Jusoh, Ketua Penolong Pentadbir Tanah Kemaman Wan Saifullizam Wan [email protected] Ali, Ahli Majlis Perbandaran Kemaman, Zabidin Awang dan kakitangan Pejabat Tanah Kemaman yang terlibat.

Majlis tersebut berlangsung di Dewan Sivik Kijal dengan mengikut peraturan pencegahan penularan wabak Covid19 yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Diakhir ucapannya Che Alias juga menyeru agar semua rakyat Kemaman mendaftarkan diri untuk divaksinasikan dengan vaksin anti Covid 19 oleh pihak kerajaan.