Kurangkan Ahli Politik Dalam Persatuan Sukan

2140

Oleh : Syaiful Mustafa

KUALA TERENGGANU – kepimpinan PAS berusaha mengurangkan kebergantungan persatuan sukan kepada orang yang berada dalam dunia politik dari semasa ke semasa.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, ini sebenarnya tidak bercanggah dengan apa yang dikatakan dan sudah tentu dalam masa setahun dua orang politik masih lagi memegang jawatan.

Dan katanya, ia bertujuan untuk menguat dan menjadikan persatuan sukan berada dalam keadaan yang selesa.

“Sepertimana keputusan yang telah diambil pada mesyuaart agung luar biasa yang diadakan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) pada kelmarin berkenaan pelantikan secara autonatif kepada Presiden PBSNT diberi kepada pemegang jawatan Menteri Besar Terengganu,

“apabila YB Dato Seri Ahmad Razif Abd Rahman tidak lagi menjadi menteri besar secara automatik beliau tidak lagi jadi presiden,

“dan saya menyambut baik keputusan yang telah pun dibuat sebulat suara PBSNT dengan ini secara rasminya automatik Menteri Besar yang baharu YAB Dato Ahmad Samsuri Mokhtar jadi presiden yang baru,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media pada Ahad, 8 Julai.

Katanya, ruang ini akan digunakan untuk memperkuatkan persatuan sukan agar mereka boleh berdikari sendiri dan boleh di serahkan kepada orang yang benar-benar layak dari sudut memahami dan menguasai jenis sukan tersebut.

“Saya sudah tentu mengharapkan agar dengan berlaku peralihan pimpinan daripada bekas menteri besar kepada menteri besar sukan baharu negeri Terengganu menjadi lebih hebat dan cemerlang,

“dan insya Allah mudah-mudahan dengan kepimpinan yang baru akan ada semangat serta azam baru yang akan menaikkan semangat bukan sahaja pasukan bola sepak Terengganu,

“bahkan rakyat negeri Terengganu untuk terus beri sokongan pada bola sepak negeri Terengganu,” katanya.

Sehubungan dengan itu, keputusan mengekalkan TFC2 yang sedia ada ataupun hanya mengambil satu pasukan sahaja akan diputuskan selepas isu pengustukturan semula selesai.