Kumpulan Pejuang Palestin Berdamai

1838

Para pejuang Palestin bertemu di Algiers untuk rundingan yang ditaja oleh Algeria berakhir dengan perjanjian perdamaian.

Persetujuan menamatkan perselisihan 15 tahun diantara kumpulan pejuang yang menoktahkan, satu pilihan raya baharu akan diadakan di wilayah Palestin.

Pemimpin Kanan Fatah Azzam al-Ahmad, Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniya dan Setiausaha Agung Barisan Popular Pembebasan Palestin Talal Naji, menandatangani perjanjian tersebut.

“Ini adalah detik bersejarah, di mana melaluinya kita melihat Baitulmaqdis,” kata Haniya sebelum mengucapkan terima kasih kepada Presiden Algeria Abdulmajeed Tabboune atas usaha negaranya menaja rundingan itu.

Bagi pihak Fatah al-Ahmad berkata: “Kami berbangga berdiri pada saat ini, di bawah naungan Presiden Abdulmajeed Tabboune, … untuk menandatangani perjanjian ini dan menyingkirkan perpecahan,”

“mewakili Fatah, kami berjanji untuk menjadi yang pertama melaksanakan perjanjian ini,” tambahnya.

Tokoh Palestin lain yang dijemput menandatangani dokumen itu termasuk Ahmed Majdalani, anggota kanan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO); Mustafa Barghouti, setiausaha agung Inisiatif Kebangsaan Palestin; dan Bassam al-Salhi, setiausaha agung Parti Rakyat Palestin.

Perjanjian itu ditandatangani selepas pemimpin 14 kumpulan pejuang, termasuk pergerakan Fatah dan Hamas, mengadakan rundingan selama dua hari menjelang sidang kemuncak Arab di Algiers bulan depan.

Menurut jurucakap Hamas Hazem Qassem, perjanjian itu tidak termasuk bahagian membentuk kerajaan perpaduan tetapi ia termasuk klausa membangunkan struktur PLO.

Ia juga, menurut beliau, akan membentuk satu majlis kebangsaan untuk Palestin dan mengadakan pilihan raya perundangan serta presiden.