‘Kuli’ PAS, Mahu Segera Sembuh Untuk Berkhidmat

2354

Oleh : Adli Mohamad.

DUNGUN – Menjadi pekerja parti sepenuh masa kepada PAS, mempunyai kemanisan yang menjadi faktor seorang petugas PAS Bukit Besi, mahu segera sembuh.

Ahli Jawatankuasa Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD), Bukit Besi Abas Abdul Ghani berkata, meletakkan diri sebagai ‘kuli’ kepada parti, buatkan dirinya sentiasa bersemangat dan bersedia menerima arahan.

“Alhamdulillah Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman dari awal sehingga ke hari ini menunjukkan keprihatinan pada mula-mula sakit sehingga kini.

“Alhamdulillah, saya dah semakin sembuh. Saya disahkan tidak mengalami ‘stroke’ tetapi mengalami pendarahan didalam kepala,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa, Pengarah MTD Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman melawat ke rumahnya, untuk mendapat perkembangan kesihatan terbaru diri beliau, pada hari ini.

Abas Ghani, turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh pihak parti kawasan, DUN, serta cawangan yang mencaknai diri beliau.

Sehubungan itu, Pengarah MTD Bukit Besi, Ghazali Sulaiman gembira dengan perkembangan diri Abas.

“Boleh dikatakan 80 peratus sudah sihat, tinggal lagi 20 peratus, dimana beliau (Abas) masih tidak boleh berjalan dengan baik.

“Kita nampak kesungguhan dirinya, membiarkan dirinya cepat sembuh.

“Dalam keadaan demikian beliau masih merasakan beliau adalah kuli kepada parti.

“Dalam keadaan sakit pun, dalam keadaan bercakap tidak berapa elok, kesan daripada penyakit yang dialami, beliau masih bertanya segala aktiviti parti, usrah dan sebagainya.

“Semangat yang patut dicontohi oleh seluruh petugas parti,” tegasnya