Oleh : Editor
Jangan terpedaya dengan kempen orang-orang yang hanya pandai berpolitik, tetapi tidak berdasarkan kepada mana-mana pegangan agama, apatah lagi mereka yang cuba memburukkan usaha untuk kita mengutuk Junta yang celaka!


Kita sudah kenal Umno yang penuh didalamnya dengan kaki rasuah dan penyelewangan, tetapi untuk menghadap isu sejagat Rohingya, tidak kiralah dengan siapa.
Kita tahu dan kita amat menyedari, sekiranya Presiden PAS dan Umno duduk sepentas sekali lagi pada Ahad depan, bukan sahaja Umno dan BN ‘yang menangguk di air keruh’ malah PAN, juga sudah menyebarkan fitnah, PAS dan Umno akan ber‘UG’.
PAN aka DAP boleh bersama, silakan! Tak ada masalah bagi kita untuk berkongsi kesedihan tentang nasib ‘kaum yang paling tertindas didunia’, tapi jangan ikut perangai ‘ahli-ahli politik Ahok’ yang memusuhi Islam yang suci.
Kita tidak tahu sebenarnya apa didalam hati mereka, atau apa pegangan agama mereka, sedang siKofi Anan yang ‘Protestan’ bersama agensi PBB, turut serta memembela Rohingya.


Menurut Setiausaha Kongres Rakyat Ustaz Nasrudin bin Hassan, Himpunan Solidariti Ummah Bersama Ummat Islam Rohingya adalah program anjuran gabungan pelbagai NGO Islam, bukan anjuran Umno.
Katanya, Kongres Rakyat turut berbesar hati menyertai penganjuran himpunan ini sebagai tanda kebersamaan dengan derita ummat Islam Rohingya di bumi Arakan.


“yang dijemput hadir sebagai tetamu kehormat atas kapasiti Ketua Kerajaan agar isu ini turut mendapat perhatian pihak kerajaan untuk mengambil tindakan berkesan bagi menyelamatkan ummat Islam Rohingya yang sedang sengsara kini,”jelas beliau.
Tiada daya seluruh umat Islam di dunia ini, untuk menamatkan tindakan keras berdarah tentera Junta di Rakhine, yang telah menyebabkan beribu-ribu minoriti Islam membanjiri sempadan ke Bangladesh bulan ini.


PAS bukan kerajaan, PAN hanya menumpang DAP dan lain-lain yang sosialis, materalis, komunis bukan juga pemerintah, yang boleh menyampaikan bantahan dan menahan senjata junta Myammar menembak Rohingya dan ‘api sami-sami sesat’ Myanmar dari membakr kampung dan bunuh Rohingya yang todak berdosa.
Umno dan Barisan Nasional kerajaan maskini, sekiranya tidak mampu menyekat kezaliman sesama manusia di Myanmar dan membela rakyat yang tertindas di mana jua, lebih baik bunuh diri dan turun daripada menjadi kerajaan, daripada menjadi jantan yang bacul!




























