KEMAMAN – Pangkalan Bekalan Kemaman (KSB) yang terletak di Kawasan Perindustrian Telok Kalong berhampiran Pelabuhan Kemaman di sini yang cukup gah selama dua dekad lalu kini kelihatan sepi tanpa aktiviti.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, YB Haji Hanafiah Mat berkata keadaan sangat berbeza berbanding dua tahun lepas.
“Dulu keadaan di sini sangat sibuk, company (syarikat) begitu banyak, pekerja begitu ramai……(tapi) akibat dari kejatuhan harga minyak, keadaan berubah menyebabkan situasi menjadi sunyi sepi,
“Saya difahamkan lebih dari 5000 orang pekerja di dalam KSB bertugas setiap hari…..banyak company oil and gas (syarkat minyak dan gas) yang beroperasi mengurangkan kakitangan menyebabkan ramai kehilangan pekerjaaan,” jelasnya.


Penolong Setiausaha PAS Terengganu itu juga menyuarakan kebimbangan, apakah situasi Sungai Lembing yang pernah menjadi kuasa ekonomi sewaktu dahulu, akan akan berjangkit ke Kemaman.
“saya bimbang peristiwa yang berlaku keatas Sungai Lembing yang pernah menjadi pusat pelaburan terbesar tiba-tiba dalam negara, tiba-tiba sekarang jadi sunyi sepi,
“apakah penyakit itu akan melanda daerah Kemaman?,” soal beliau.


“ia perkara yang perlu dititikbertakan oleh kerajaan negeri Terengganu…..saya nampak usaha memulihkan kawasan industri ini sangat perlahan,
“sudah masuk tahun yang ketiga kami di Kemaman ini menderita (kerana pengangguran dan kehilangan pekerjaan,” tegasnya.
Menurutnya, banyak rumah-rumah sewa yang kosong menunjukkan, ramai yang telah lari meninggalkan Chukai dan Kemaman.


Sedangkan kata beliau, kawasan itu adalah lokasi perindustrian yang terbesar dalam negeri Terengganu.
“Kerajaan negeri Terengganu mesti mesti memberikan tumpuan yang lebih baik, yang agresif supaya untuk meningkat semula peluang pekerjaan kepada masyarakat Kemaman,
“kerajaan boleh mengujudkan kilang-kilang industri hiliran umpamanya dan memastikan industry kecil dan sederhana yang kurang berkesan dibangunkan semula,” tambah beliau



























