Korea Utara Lebih Terkesan

489

KUALA TERENGGANU – Malaysia tidak akan mengalami kerugian ekoran daripada terputusnya hubungan diplomatik dengan Korea Utara sebaliknya ia lebih mendatangkan kesan kepada negara tersebut.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, ini kerana hubungan mereka dengan negara yang lain sangat terhad.

“Malaysia merupakan di antara negara yang mempunyai hubungan yang baik dengan banyak negara di peringkat antarabangsa.

“Seperti Amerika Syarikat (AS) tidak mempunyai hubungan dengan Korea Utara jadi dia berhubung dengan negara ini untuk menyampaikan hasrat.

“Jadi tindakan negara itu akan terus mengasingkan mereka daripada masyarakat dunia, kita tidak rugi apa-apa, “tegasnya.

Beliau berkata demikian, ketika ditemui wartawan, di Pejabatnya, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Burok, di sini, pada Selasa, 23 Mac.

Menurutnya, tindakan Korea Utara bagi melindungi rakyatnya, Mun Chol Myong terhadap kesalahan jenayah pengubahan wang haram adalah tidak wajar.

“Ia salah disisi undang-undang negara , tindakan betul telah diambil dimana kita sebagai rakyat perlu mempertahankannya yang menunjukkan negara ini mempunyai kedaulatannya yang tersendiri.

“Oleh kerana tidak berpuas hati, Korea Utara menghalau keluar diplomat-diplomat kita di sana.

“Maka kita mengambil tindakan yang sama terhadap diplomat mereka, sebenarnya amalan itu adalah biasa dilakukan mana-mana negara sekalipun jika berlaku situasi yang sama,”tegasnya.

Mengenai kenyataan Malaysia akan menerima ancaman dari Korea Utara itu, Ustaz Khalil berkata ianya merupakan satu andaian bersifat ugutan semata-mata.

“Ia bersifat subjektif. Kita tunggu dan lihat apa yang bakal dilakukan. Cuma, dalam konteks persiapan dan persediaan, kita percaya dengan hubungan Malaysia dengan masyarakat dunia pasti tidak akan berlaku apa-apa masalah.

“Jika berlaku tindakan luar jangka, masyarakat dunia akan memepertahankan negara kita,” ujarnya.

Tempelaknya, adalah tidak munasabah jika peluru berpandu hendak dilancarkan oleh negara itu.

“Konflik diantara mereka dengan Korea Selatan beberapa kali, tiada pernah dilancarkan bom nuklear
.
“Apatah lagi kita tidak pernah ada konflik pun dengan mereka, tidak sepatutnya seorang rakyat dikenakan tindakan, dia nak hantar bom ke negara ini,”Ujarnya.

Tambah beliau, semenjak dahulu Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan hubungan terbuka dengan semua negara.

“Polisi yang diambil oleh Malaysia selepas perang dunia yang kedua, selepasnya tertubuhnya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), ialah mengadakan hubungan baik dengan semua negara.

“Kecuali dua negara iaitu Afrika Selatan yang mengamalkan dasar ‘Apartheid’ setelah diubah dasar itu baru kita berbaik semual yang kedua ialah negara haram Israel kerana telah merampas tanahair milik rakyat Palestin, yang mana sehingga kini Malaysia tidak mengiktirafkannya,”tegasnya.