

Pengarah MTD Chukai, Haji Hanafiah Mat berkata (gambar – paling kiri, sedang memberikan daging korban kepada seorang penduduk), sebanyak 62 ekor lembu telah dikorbankan oleh 19 cawangan, sehingga petang semalam.
Menurutnya, daging korban seberat antara 500 hingga 800 gram telah diagih-agihkan kepada lebih 700 orang penduduk.
”Korban semua sekali adalah 62 ekor lembu, kesemua cawangan kecuali 3 sahaja yang tidak berpeluang untuk melaksanakan korban pada tahun ini,”katanya ketka dihubungi Buletinonline semalam.
Beliau berkata, program yang bermula pada hari raya pertama itu telah dapat merapatkan silaturrahim dikalangan penduduk, tanpa mengira fahaman politik dan latarbelakang ‘kepartian’.
”Sebagai contoh, program di kampong Geliga dan Kuala Kemaman, daging korban di hantar kesetiap rumah, dan AlhamuduliLlah, orang ramai menerimanya dengan baik,”ujarnya.
Menurut maklumbalas yang beliau terima dari para petugas, katanya, walaupun ada kedengaran pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) melaksanakan korban dibeberapa tempat, namun tidak ada agihan daging yang dibuat.
Justeru, beliau berharap, sikap bantu membantu dan silaturrahim yang terjalin dapat diteruskan, agar mereka yang kurang bernasib baik terbela dan tidak ‘terlepas dari pandangan’.


























