Tepoh Care merakamkan setinggi penghargaan kepada penganjur Kongres Rakyat yang bakal dilangsungkan pada 20 Ogos 2016 dalam suasana beban rakyat makin terhimpit walau negara makin meningkat usia.
Kongres Rakyat yang dianjurkan ini diharap menjadi satu momentum kebangkitan rakyat untuk membela nasib rakyat marhaen yang jelas dipermainkan oleh pihak pemerintah.
Di Terengganu, pertelagahan pemimpin tanpa utamakan kepentingan rakyat sangat memalukan. Suasana suram ekonomi negeri cukup dirasai oleh segenap lapisan rakyat. Pembangunan rakyat merdeka tidak diwujudkan. Malahan membudayakan rakyat yang hanya mengharapkan simpati bantuan ihsan kerajaan.
Kongres Rakyat perlu membuktikan kehadirannya membawa harapan rakyat untuk melihat nasib mereka terbela. Jangan lupa, segala penyelesaian ini bertunjangkan kepada ISLAM. Ambillah ISLAM untuk menyelesaikan seluruh kemelut rakyat hari ini.
Tepoh Care hadir dan menyokong!
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Haji Sidek bin Abdullah
Pengerusi Tepoh Care
19 Ogos 2016