Kisah ‘Pusing-pusing’ Tasik Kenyir

4871

Papan tanda kerja Pembangunan ‘Kenyir Trade Center’ yang terletak di Tasik Kenyir sudah usang, namun ia masih boleh dibaca dengan jelas.

20150510_115344 (2)Walau pun begitu, tidak ada tulisan ‘tarikh mula pembinaan’ dan ‘tarikh tamat pembinaan’ yang tercacat pada papan tanda itu sebagaimana yang biasa dipaparkan pada projek-projek yang biasa dibangunkan.

Pada bahagian bawah sebelah kanan ‘papan tanda besar’ seolah-olah suatu pancaran kemegahan itu, telah hilang, tidak pasti samada ia telah ditanggalkan atau sengaja ditiadakan.

Mantan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dipetik agensi Bernama berkata pada 12 Oktober 2010, peruntukan awal RM100 juta telah diluluskan dan projek akan bermula bila-bila masa serta dijangka siap Ogos 2012.

Sehingga kini, tarikh itu sudah hampir tiga tahun berlalu dan Ahmad Said sendiri sudah lebih setahun meninggalkan jawatan utama negeri Terengganu itu.

20150510_115550 (2)Setelah Ahmad Said tiada, berita pembangunan Kenyir yang sering dijadikan modal kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) menjadi sepi.

Kegawatan penukaran teraju utama Umno dalam kerajaan negeri Terengganu mungkin menyebabkan projek yang menjadi ‘masterpiece’ kepada Ahmad Said itu kian pudar.

Umpama pembangunan ‘Taman Ilmu’ yang disenaraikan sebagai suatu perkara ‘yang tidak pernah berlaku sebelum ini’ pada zaman Dato’ Seri Idris Jusoh.

Walaupun Ahmad Said meneruskan tampuk pemerintahan BN di Terengganu selepas Idris, tetapi Taman Ilmu yang dicanangkan akan menempatkan ‘beberapa buah universiti terkemuka di dunia’, tidak dilanjutkan, sebagaimana ‘nafsu’ Idris.

Dan sehingga kini, Taman Ilmu tidak memahat sejarah, tetapi ‘menjadi barah’ yang masih tidak pulih dan selesai, walaupun Ahmad Said sudah menyerahkan jawatannya kepada Menteri Besar yang baharu, Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman.

IMG_6114 (2)Pada 25 Mei, 2014 pula, mantan ahli parlimen Setiu yang dikitar semula menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri Terengganu, Datuk Mohd Jidin Shafee, pula berkata sesuatu tentang pembangunan Projek Pulau Bebas Cukai bernilai RM62 juta di Tasik Kenyir.

Mat Jidin berkata, projek yang dinayatakan oleh Ahmad Said pada awalnya bernilai RM100 juta, dijangka disiapkan enam bulan lebih awal iaitu April tahun 2015, berbanding tarikh asal pada November 2014.

Tarikh yang dikatakan oleh ADUN Permaisuri itu pun, sudah berlalu, tetapi samada Kenyir Trade Center atau Pulau Bebas Cukai itu masih belum siap.

Rupa-rupanya ada satu lagi kenyataan yang dianggap terbaru oleh Mat Jidin, yang menganjak tarikh siap itu dari April 2015 kepada Mac tahun depan (2016) pula.

IMG_6116 (2)Akhbar Kosmo pada 12 April, 2015 bulan yang lalu bahkan memetik Mat Jidin berkata pula, berputar kepada kos asal sebagaimana yang dinyatakan oleh Ahmad Said, iaitu sebanyak RM100 juta.

Bukan itu sahaja kisah ‘pusing-pusing’ Tasik Kenyir yang dapat didengari apabila pelancong atau pengunjung melawat tasik buatan manusia itu.

Banyak lagi perbuatan manusia atas pulau di tasik itu yang kisahnya berpusing-pusing, sebagaimana ‘mmusingnya’ kisah pembinaan projek Pulau Duyung, ‘Venue’ perlumbaan ‘Monsson Cup’ dan pembangunan Taman Tamadun Islam yang dibina pada zaman Idris Jusoh.

Kisah Pulau Burung RM6 juta yang menempatkan pelbagai jenis burung, itik dan angsa dibeli dengan kos hampir suku juta wang rakyat negeri Terengganu, turut masih tidak selesai.

IMG_6197 (2)Bukan sahaja ‘Black Swan’, angsa hitam dibeli dengan RM3,800 seekor itu tiada, malah ‘Whooper Swan’, angsa putih paling mahal sama harga dengan sebuah motosikal ‘honda cup’ dibeli dengan harga RM5,600 seekor, juga telah lenyap.

Kesemuanya burung, itik dan angsa berjumlah 101 ekor telah dibeli oleh kerajaan dengan harga RM223, 750 pada tahun 2011 itu, telah ‘meleset’ kepada hanya 14 (empat belas ekor) pada tahun 2012.

Kini, tiada lagi burung, itik dan angsa yang menjadi angan-agan akan ‘bertelur emas’ itu, malahan Pulau Burung jutaan ringgit itu juga sunyi sepi.

Bukan itu sahaja, bahkan banyak lagi kisah kerugian dan pembaziran yang dicungkil dari Tasik Kenyir, yang menyimpan banyak misteri itu.

IMG_6209 (2)Seorang pelancong dari Pulau Pinang yang datang melawat Pulau Rama-rama hanya tersenyum sinis sambil berkata, pembangunan taman rama-rama itu, tidak cerdik (bodoh).

‘Butterfly Island’ atau ‘Taman Heliconia’ yang dicatat dalam kertas persidangan Dewan Udangan Negeri Terengganu menelan belanja RM2 juta, masih tidak mampu untuk ‘menternak’ spesis rama-rama di situ.

Selain cuaca yang panas kerana pokok-pokok yang digondolkan, tumbuh-tumbuhan yang ditanam dalam ‘sangkar’ rama-rama itu tidak mampu membekalkan makanan kepada serangga tersebut.

Namun pelancong yang datang masih boleh menyejukkan mata mereka dengan melihat 1000 ekor rama-rama yang ‘diimport’ saban minggu dari negeri Perak.

IMG_6133 (2)Banjir yang melanda pada musim tengkujuh lalu juga hampir meneggelamkan, bukan sahaja Pulau Rama-rama dan Pulau Burung, tetapi ‘sistem elektrik solar’ di Pulau Orkid yang entah berapa pula kerugiannya yang terpaksa ditanggung.

Kisah yang agak lucu juga diceritakan tentang ‘syurga’ atau ‘Santuary’ Gajah yang menelan kos RM40 juta dana awam negeri Terengganu.

“Kelam kabut cari gajah……..apabila Tuanku nak datang melawat sebab gajah tak ada………akhirnya beli gajah dari Thailand, untuk dipamerkan untuk santapan mata Tuanku….,”menurut ‘kisah pusing-pusing’ yang diceritakan oleh warga kerja Tasik Kenyir yang tersohor itu!