Kidney Patients Need To Be Categorized As Disabled

3010
Penyelaras Projek Amal Jariah Usrati, Haji Mohamad Taha bersama Veno

Miri Red Crescent Dialysis Center initiated hemodialysis on 3 August 1996 with only six patients. Initially, the center received 37 new patients and on 31 December 2006, they had 137 patients with approximately 20 new patients on the waiting list.

Latest statistics, a total of 318 patients and 60 in the waiting list. The center receives an average of three new end-stage renal failure (ESRF) per month and dialysis treatment schedule on Monday, Wednesday and Thursday there are 3 shifts and on Tuesday, Thursday and Saturday are 2 shifts. The Miri Red Crescent Dialysis Center is among the largest recipients of kidney patients in Sarawak.

According to operational officers who were on duty during our visit to the center, they also received visitors from Limbang, Lawas, Batu Niah, Bintulu and others who needed treatment.

One of a kidney patient who is also the Coordinator of Jariah Usrati Charity Project, Haji Mohamad Taha bin Haji Bini has met with us about his initiative project with his wife and friends to help patients who need help. He said many patients needed help, especially the poor and the less fortunate. He also asked more donors to help provide assistance to patients who needed treatment.

We have met one of the kidney patients, En Veno Ak Jungai of RH Johnson Jangu Seloi Sibuti who had to commute using a motorcycle as far as the approximately two-hour ride from his home to the Miri dialysis center.

In his unhealthy condition, he had to use his own vehicle because there was no other option because the dialysis center had no service to send the patient from the outside to the dialysis center. Sometimes he had to stop by the roadside if he felt tired and even when it was raining he had to look for a shade before reaching the dialysis center.

The government should pay serious attention to the problems faced by these kidney patients. Almost all kidney patients choose hemodialysis as it is done in a hospital or dialysis center while assisted by trained nurses.

Dialysis does not actually cure kidney disease, but it replaces kidney function. Therefore, patients are forced to use this treatment throughout their lifetime unless someone wants to do kidney transplantation.

Each kidney patient undergoing hemodialysis should undergo dialysis three times a week (12 times a month). Each dialysis takes about four hours. If not undergone dialysis can result in loss of life when the body becomes weak.

So we urge the government to categorize kidney patients as disabled (OKU). They also had to rely on dialysis machines to continue their daily lives. They are difficult to travel far from their area because without doing hemodialysis their health condition will be disturbed and they are lifelong forced to use dialysis machines unless someone is donating their kidneys.

With their recognition as disabled at least, they can be financial assistance from the Social Welfare Department (SWD). This can alleviate their burden, especially those with no fixed income source.

The government should also provide more dialysis centers especially for those who live far inland because they had to commute to the dialysis center and take a long time can certainly affect their health.

We would also like to invite everyone to work together to help reduce the burden of kidney patients, especially those who have no fixed income source and those who live far away from dialysis centers such as Mr. Veno who really need help. If possible, provide transportation services to patients suffering from kidney failure who lives far from those centers and they should be given immediate assistance by taking care of their safety and health.

Cooperation with all parties to address this issue is greatly appreciated because someone’s life is very valuable, regardless of race, religion and political affiliation.

Jofri Jaraiee
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief

VERSI BM

Pesakit buah pinggang perlu dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU)

Pusat Dialisis Bulan Sabit Merah Miri memulakan operasi hemodialisis pada 3 Ogos 1996 dengan enam pesakit sahaja. Pada mulanya pusat ini menerima 37 pesakit baru dan pada 31 Disember 2006, mereka mempunyai 137 pesakit dengan lebih kurang 20 pesakit baru dalam senarai menunggu.

Statistik terkini, sejumlah 318 pesakit dan 60 dalam senarai menunggu. Pusat ini menerima purata tiga pesakit baru kegagalan buah pinggang peringkat akhir “end-stage renal failure (ESRF)” setiap bulan dan

jadual rawatan dialisis pada hari Isnin, Rabu dan Khamis terdapat 3 syif dan pada hari Selasa, Khamis dan Sabtu 2 syif. Pusat Dialisis Bulan Sabit Merah Miri adalah antara penerima terbesar pesakit buah pinggang di Sarawak.

Menurut pegawai operasi yang bertugas semasa lawatan kami ke pusat tersebut, mereka juga menerima pesakit pelawat dari Limbang, Lawas, Batu Niah, Bintulu dan lain-lain yang memerlukan rawatan.

Salah seorang pesakit buah pinggang yang juga Penyelaras Projek Amal Jariah Usrati, Haji Mohamad Taha bin Haji Bini telah bertemu dengan kami tentang projek inisiatifnya bersama isteri dan kawannya untuk membantu pesakit yang memerlukan bantuan. Beliau berkata ramai pesakit yang memerlukan bantuan terutama golongan miskin dan pesakit yang kurang berkemampuan. Beliau juga meminta lebih banyak penderma untuk bersama-sama memberi bantuan kepada pesakit yang memerlukan rawatan.

Kami telah bertemu dengan salah seorang pesakit buah pinggang, En Veno Ak Jungai dari RH Johnson Jangu Seloi Sibuti yang terpaksa berulang-alik menggunakan motosikal sejauh lebih kurang dua jam perjalanan dari rumahnya ke pusat dialisis Miri.

Dalam keadaan beliau yang kurang sihat, dia terpaksa menggunakan kenderaannya sendiri kerana tidak ada pilihan lain sebab pusat dialisis tidak mempunyai perkhidmatan untuk menghantar pesakit dari luar ke pusat dialisis. Kadang-kadang dia terpaksa berhenti di tepi jalan jika dia berasa keletihan dan bahkan ketika hujan dia juga terpaksa mencari tempat teduh sebelum sampai ke pusat dialisis.

Kerajaan perlu memberi perhatian serius terhadap masalah yang dihadapi oleh pesakit buah pinggang ini. Hampir semua pesakit buah pinggang memilih hemodialisis kerana ia dilakukan di hospital atau pusat dialisis manakala dibantu oleh jururawat terlatih.

Dialisis sebenarnya tidak menyembuhkan penyakit buah pinggang, tetapi ia menggantikan fungsi buah pinggang. Oleh itu, pesakit terpaksa menggunakan rawatan ini sepanjang hayatnya melainkan seseorang ingin melakukan pemindahan buah pinggang.

Pesakit buah pinggang yang menjalani hemodialisis harus menjalani dialisis tiga kali seminggu (12 kali sebulan). Setiap dialysis mengambil masa kira-kira empat jam. Jika tidak menjalani dialisis boleh mengakibatkan kehilangan nyawa apabila tubuh badan menjadi lemah.

Jadi kami menggesa pihak kerajaan mengkategorikan pesakit buah pinggang sebagai OKU. Mereka juga terpaksa bergantung kepada mesin dialisis untuk meneruskan kehidupan seharian mereka. Mereka sukar untuk perjalanan jauh dari kawasan mereka kerana tanpa melakukan hemodialisis keadaan kesihatan mereka akan terganggu dan mereka sepanjang hayat terpaksa menggunakan mesin dialisis kecuali ada seseorang menderma buah pinggang mereka.

Dengan pengiktirafan mereka sebagai orang kurang upaya (OKU) sekurang-kurangnya mereka boleh mendapat bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Ini dapat mengurangkan beban mereka, terutama mereka yang tidak mempunyai sumber pendapatan tetap.

Kerajaan juga perlu menyediakan lebih banyak pusat dialisis terutama bagi mereka yang tinggal jauh di pedalaman kerana mereka terpaksa berulang-alik ke pusat dialisis dan mengambil masa yang lama pastinya boleh menjejaskan kesihatan mereka.

Kami juga ingin menjemput kepada semua yang berkenaan agar sama-sama boleh membantu mengurangkan beban pesakit buah pinggang, terutama mereka yang tidak mempunyai sumber pendapatan tetap dan mereka yang tinggal jauh dari pusat dialisis seperti Encik Veno yang benar-benar memerlukan bantuan. Jika boleh, berikan perkhidmatan pengangkutan kepada pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang yang tinggal jauh dari pusat dialisis dan mereka harus diberi bantuan segera untuk keselamatan dan kesihatan mereka.

Kerjasama dengan semua pihak untuk mengatasi masalah ini amatlah dihargai kerana kehidupan seseorang adalah sangat bernilai tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.

Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS, Sarawak