Khidmat Malaysia Akan Terus Kekal Di Lapangan Sehingga Bekalan Air Pulih

125

KUALA TERENGGANU – Sukarelawan Khidmat Malaysia Terengganu akan terus berada di lapangan untuk mengagihkan air minuman dan air bersih kepada penduduk Kuala Nerus dan sebahagian Kuala Terengganu, sehingga bekalan air pulih sepenuhnya.

Pengerusinya, YB Haji Hanafiah Mat berkata seramai 20 orang petugas daripada setiap kawasan Dewan Undangan Negeri di kerah bagi melaksanakan kerja-kerja tersebut pada setiap hari.

“setiap hari sukarelawan akan turun di DUN-DUN yang terjejas, agih air minuman dan hari ini treler terakhir akan dihantar untuk mencukupi keseluruhannya sejumlah 100 buah,

“menjadikan jumlah air minuman semuanya 100, 000 kotak, setiap kotak satu dozen air 1.5 liter,” ujarnya ketika dihubungi.

Sementera itu, bekalan air bersih oleh ‘Mobile Team’ samada dengan lori atau ‘pacuan empat roda’, kata beliau, akan terus dibekalkan ke tangki-tangki statik dan ke rumah-rumah penduduk di semua kawasan terbabit.

“Itulah kerja yang Khidmat Malaysia lakukan, In shaa Allah semuanya berjalan dengan baik, tidak tergendala,

“kita akan terus berkhidmat sehingga 12hb, tengok lah kita harap bekalan air akan kempbali pulih dan saya dimaklumkan paip-paip gentian kepada yang rosak telah dipasang,” kata beliau yang jua Pengerusi Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga Dan Perpaduan Nasional negeri Terengganu.

Oleh itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua anggota sukarelawan yang telah bekerja siang dan malam, bersama “merasa kesukaran” yang dihadapi oleh rakyat negeri Terengganu.

“sebagai ahli dan aktivis parti Islam SeMalaysia (PAS), kita telah dimotivasikan untuk merasa sama derita mereka yang terkesan kerana terputus bekalan air,

“inilah kekuatan kita, inilah ajaran yang telah ditarbiah oleh Tok Guru kita untuk kita berkorban masa kita dan wang ringgit kita demi sebuah perjuangan,” tegasnya.

Dalam pada itu, ADUN Chukai itu berkata, PAS Terengganu telah menggerakkan semua jenteranya bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) kali ke-15.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Presiden Umno, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan yang telah membuat keketapan, mengekalkan kedudukan ‘status quo’ PRU14.

“kita bertekad untuk mempertahankan 22 DUN dan enam Parlimen yang telah dimenangi pada PRU14 dan kita juga mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Presiden Umno,

“kita masih bersama-sama dan akan terus memperkemaskan Muafakat Nasional walaupun ada pelbagai cabaran yang mendatang, ada ‘onak dan duri’, kita anggap ia perkara biasa dalam politik,” jelasnya.