Terengganu, Malaysia
Pendapat

Khidmat Kebajikan Sempena Himpunan Harapan Semua (HARAP 3.3)

Khidmat Kebajikan Sempena Himpunan Harapan Semua (HARAP 3.3)

Pengunjung-pengunjung yang mengunjungi tapak Himpunan Harapan Semua (HARAP 3.3) di Padang Mengkuang, Marang adalah dijemput untuk mendapatkan pelbagai khidmat kebajikan dan kemasyarakatan yang dikendalikan oleh Unit Kebajikan HARAP sepanjang program berlangsung.

Bermula jam 9 pagi Sabtu 27 Februari 2016, bertempat di tapak Himpunan, khidmat pemeriksaan kesihatan dan rawatan perubatan percuma kendalian tenaga perubatan dari Persatuan Amal Perubatan Ibnu Sina (PAPISMA) disediakan kepada pengunjung sehingga jam 3 petang.

Di pagi Sabtu yang sama, kita juga menyediakan peluang untuk pengunjung beramal kepada yang memerlukan melalui kempen derma darah. Unit Tabung Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah akan berada di tapak HARAP juga dari jam 9 pagi – 3 petang.

Bagi pengunjung yang berminat untuk mendapatkan rawatan dari perawat Darus Syifa’, anda semua tak akan dihampakan. Dijemput semua yang berhajat untuk mendapatkan rawatan dari perawat-perawat Darus Syifa’ yang juga akan berkhidmat di tapak himpunan pada hari Sabtu 27 Februari 2016.

Di samping program kebajikan dan kemasyarakatan yang disediakan di tapak himpunan, khidmat kesihatan juga bergerak dari kampung ke kampung dalam program ziarah pesakit dari rumah ke rumah yang melibatkan 20 lokasi ziarah di seluruh DUN Pengkalan Berangan pada petang Jumaat 26 Februari 2016.

Tambahan kepada itu, program ziarah kemasyarakatan yang melibatkan pimpinan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu dengan mensasarkan beberapa kelompok ahli masyarakat akan bergerak ke 72 sasaran ziarah di seluruh Dun Pengkalan Berangan selepas solat Jumaat 26 Februari 2016. Pergerakan rombongan ziarah ini dibantu serta disokong oleh Kelab Kembara Lasak 4×4 Kawasan Marang yang dikenali sebagai PASAK.

Bagi pihak Unit Kebajikan HARAP serta Lujnah Kebajikan PAS Terengganu, saya merakamkan penghargaan serta terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan slot kebajikan dan kemasyarakatan sepanjang himpunan ini.

Dr Azman Ibrahim
Ketua Unit Kebajikan HARAP merangkap Ketua Lujnah Kebajikan PAS Terengganu.
22 Februari 2016

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan