Kerja Keras Untuk Menang PRU15

145

DUNGUN -Semua jentera PAS, pemimpin dan ahli bawahan mesti bekerja keras untuk mempertahan dan meningkatkan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke 15 akan datang.

Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata, kejayaan di DUN Paka, Sura dan Rantau Abang mestilah dikekalkan.

“fakta dan angka tidak menipu, arahan kerja mesti dibuat berdasarkan keperluan kita mempertahankan tiga DUN,

“dan memenangkan Bukit Besi, saya pohon semua buat kerja,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Pemimpin Turun Ke Kawasan pada Rabu 22 Jun.

Justeru kata Ahli Parlimen Dungun itu, kelemahan bukan semuanya berpunca di Cawangan tetapi pemimpin di peringkat kawasan mestilah melihat kepada diri mereka sendiri.

“apabila kita memegang jawatan di peringkat tertinggi, contoh tauladan yang kita tunjukkan akan menggerakkan ahli di bawah,” jelasnya.

Oleh itu beliau menggesa agar pemimpin di semua peringkat yang hadir pada majlis tersebut, memberi perhatian penuh setiap perkara disampaikan