Oleh : Nooreni Abu Bakar
DUNGUN – Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional(BN) Terengganu bersikap hipokrit apabila Menteri Besarnya Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman bercadang mahu melantik Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, sebagai penasihat.
Sedangkan pada masa yang sama, Ketua Penerangan PAS Terengganu Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, mereka tidak meraikan dan malayan tuntutan serta desakan PAS
Menurut beliau, antara desakan PAS yang paling utama adalah, menuntut kerajaan menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah, Hudud dan Qisas, yang telah diluluskan dan mendapat perkenan Tuanku Sultan Terengganu.


“Peruntukan kepada ADUN-ADUN yang berjumlah RM1 juta (setahun), mesti diserahkan kepada wakil rakyat PAS (yang dipilih oleh rakyat) tetapi sehingga ke hari ini masih belum disalurkan,
“iman dan bilal yang digantung sejak tahun 2006, masih tidak diberikan elaun mereka,”jelas beliau ketika berucap pada Majlis Dialog Isu-Isu Semasa di sini pada Sabtu, 7 November.
Program tersebut, yang bertujuan mendedahkan para petugas Muslimat PAS kepada perkembangan terkini dalam negeri Terengganu dan perkembangan semasa tanah air, dianjurkan oleh Lajnah Penerangan Muslimat PAS Dungun.
Sehubungan itu, Ketua Penerangan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan menegaskan, PAS tidak gentar menghadapi musuh-musuhnya dalam pilihan raya umum akan datang.
“Kita tidak gentar………..nak letak berapa penjuru (pun) di dalam PRU-14 nanti, sebab perjuangan kita bukan untuk dapat kerusi tetapi untuk menegakkan agama Allah,”beliau.


“orang terliur pada PAS, selain DAP, PAN juga mengumumkan akan meletakkan calon di kerusi-kerusi PAS di dalam PRU 14 nanti,”jelasnya.
Justeru itu, Wan Hasrina mengajak muslimat jangan menghiraukan berbagai tohmahan keatas PAS kerana ia adalah umpama ‘kemuncup’
“sekarang kita jalan terus (bergerak) jangan hiraukan ‘kemuncup’ yang melekat dipakaian kita, tumpukan (kepada usaha) daftar pemilih, (dan) kita tidak akan menang kalau hanya bersembang.”
“kepada petugas-petugas muda, (kita) cari pengundi baru dan untuk yang tidak mampu berjalan (aktif), adakan munajat setiap minggu, sebab kerja kita perlukan pergantungan dengan Allah”, tambah beliau.
Majlis tersebut yang juga dihadiri oleh Puan Hajjah Khairiah Mokhti, Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Dungun serta Ahli-ahli Jawatankuasanya, memberikan suntikan kepada para aktivis muslimat untuk bekerja dengan lebih keras menghadapi PRU14




























