Kerajaan Sementara Afghanistan Minta Untuk Bercakap di Perhimpunan Agung PBB

159

Menteri luar kerajaan sementara Afghanistan membuat permintaan dalam suratnya pada hari Isnin untuk bercakap dapa perhimpunan Agung PBB dan Jawatankuasa PBB akan memutuskan permintaan tersebut.

Kabul juga mencalonkan jurucakap mereka yang berpangkalan di Doha, Suhail Shaheen, sebagai duta PBB Afghanistan.

Kerajaan baharu yang menguasai Afghanistan pada bulan lalu, mengatakan utusan pemerintah yang digulingkan tidak lagi mewakili negara itu.

Permintaan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat tinggi sedang dipertimbangkan oleh jawatankuasa tauliah, yang sembilan anggotanya termasuk AS, China dan Rusia, menurut jurucakap PBB.

Tetapi mereka tidak mungkin bertemu sebelum berakhirnya sesi Perhimpunan Agung Isnin depan. Sehingga itu, di bawah peraturan PBB, Ghulam Isaczai akan tetap menjadi duta Afghanistan untuk badan global itu.