Kerajaan Pulangkan Tanah Rakyat Yang Dirampas BN

3035

Oleh : Rohayati Ripin (RR)

BESUT – Kerajaan baru Negeri Terengganu sedang dalam proses memulangkan tanah-tanah rakyat yang dirampas oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) selepas PAS kalah pada tahun 1999- 2004.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, YB Dr. Azman Bin Ibrahim berkata, ianya yang telah dinyatakan dalam Manifesto PAS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 yang lalu.

Katanya, kerajaan akan memberi balik tanah RTB yang dinafikan hak selepas berubah kerajaan pada tahun 2004.

“Kalau sekiranya tanah RTB itu masih belum diusik maknanya tiada bagi pada sesiapa ataupun kerajaan belum ambil untuk projek pembangunan perhimbun balik Lesen Menduduki Sementara (LMS),

“Sekiranya LMS hilang kita akan cari semula senarai nama peserta RTB itu untuk dipulangkan semula dan hak ini tegas dasar kerajaan negeri,

“dan di Jabi ada beberapa RTB dahulu tak disambung LMS tanah tok kosek (sentuh) lagi… diantara Jabi ada RTB namanya Belimbing Api… hak ni tak kosek lagi dan boleh bagi semula kepada tuannya,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Dialog Bersama Rakyat dan Makan Pulut Bersama EXCO Pertanian Terengganu di Dewan Orang Ramai Felda Tenang pada Khamis, 19 Julai.

Katanya, kerajaan akan mencari tanah ganti kepada peserta sekiranya tanah RTB yang pernah dibahagikan dahulu diambil oleh kerajaan untuk sebarang projek pembangunan.

“Tanah ganti dengan makna kita buka RTB baru dan peserta dimasukkan sebagai salah seoarang peserta RTB dan nak jadi peserta RTB syaratnya tak ketat,

“hendaklah rakyat Terengganu dan sekiranya dia kelahiran luar Terengganu dia mesti dapatkan pengesahan permastautin,

 

“Yang berumur 21 tahun ke atas dan suami ataupun isteri tak pernah dapat tanah anugerah. Tanah anugerah bermaknanya sudah mendapat tanah RTB, rumah PPRT ataupun Rumah Mesra Rakyat,” katanya.

Menurutnya, kuasa untuk meluluskan berada  dalam kerajaan baharu sekarang dan hak yamg sepatutnya rakyat perlu kita akan beri.

Kata beliau, pejabat tanah akan buat siasatan dari segi teknikal semua sekali dan apabila masuk mesyuarat dia ada dah pendetailan yang jadi pertimbangan untuk mendapatkan hak tak kira lah Umno ataupun PAS.

“Ayah saya nasihat ko saya tanah hak orang teroka kita kena v (bagi) ko dia bukan cerita PAS bukan cerita Umno hak rakyat mesti diberi,

“Hak mesti dikembalikan keadilan maknanya kita beri pada seseorang apa yang dia berhak bukan mana beri sama… keadilan bukan sama,

“Kita sorang anak jate (lelaki) ada sorang anok tino (perempuan), adil bukan beli tudung ke dua-dua…. Adil anak jate kena beli songkok…anak tino kena beli tudung , ni baru panggil,

“kalau kita beli tudung dua-dua kira panggil tak adil….. Adil kita beri kepada siapa yang berhak dan inilah makna keadilan yang sebenar,” tegasnya.

Oleh itu katanya, ini dasar tanah kerajaan baru jelas dan sekarang ini yang akan diberi geran kekal tidak ada LMS.LMS dulu polisi kita tengok pada ketika itu kerajaan membuat pertimbangan sebegitu tapi janji PAS dalam kerajaan baru insya Allah geran kekal.