Kerajaan PAS Terengganu Disekat Untuk Bantu Rakyat

226

KEMAMAN- Kerajaan PAS Terengganu telah disekat untuk mengadakan program-program membantu rakyat untuk hidup selesa dengan melengah -lengahkan bayaran royalti petroleum.

Bendahari PAS, Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Dato’ Ustaz Mohd Noor Hamzah berkata dengan berbuat demikian mereka dapat menghalang kerajaan Terengganu menyalurkan bantuan I-Belia, I-Siswa, Pencen Rakyat dan pelbagai bantuan lagi .

“(Mereka bimbang)nanti rakyat akan sayang kerajaan ini(kerajaan Terengganu), dia tengok kerajaan ini berkebajikan, kerajaan ini prihatin, kerajaan ini cakna kepada rakyat,

“sekat, sebab apa? sebab zalim, kenapa zalim? kerana pemimpin UMNO mengajar dia(PH), molek dia saing(berkawan) perompak dengan penyamun,” sindirnya.

Ustaz Mohd Nor berkata demikian ketika berucap merasmikan Markas Induk DUN Air Putih di Perkarangan Surau Syed Abd Rahman, Batu 4, Luar Binjai di sini pada malam selasa, 14 November.

Turut sepentas berceramah ialah Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu, Ustaz Ariffin Deraman , Yang Dipertua PAS Kemaman, Ustaz Che Alias Hamid dan Setiausaha PAS Kemaman, Mohd Hafiz Adam.

Turut hadir Pengarah Majlis Tindakan DUN Air Putih, Cikgu Abdul Razak Ibrahim.

Beliau juga mengimbau kembali peristiwa tahun 1999 , tindakan yang serupa oleh Umno-BN yang bertindak kejam ketika PAS memerintah negeri itu akhirnya kerajaan dan rakyat menanggung kesusahan.
“Sekarang Umno-BN dan PH bergabung, Umno-BN ajar supaya menyekat royalti yang menjadi hak milik rakyat Terengganu kerana sumber petroleum berada di dalam negeri Terengganu.

Katanya, sehingga bulan November yang sepatutnya kerajaan mempweolehi hasil petroleum lebih RM1 billion .

“Tetapi sehingga hari ini dia (kerajaan pusat) tidak habis bayar lagi , kepunyaan rakyat Terengganu,
tetapi tidak diberikqn kepada rakyat Terengganu,

“setakat ini, saya dapat maklumat dia bayar untuk gaji(kakitangan kerajaan) RM50 juta, itu pun menadah tangan, minta kepunyaan kita,” katanya lagi.