Oleh : Helmi Abdul Salam
SETIU – Kerajaan PAS tidak akan menurut jejak langkah pemerintahan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang menafikan hak bantuan kepada mereka yang berkelayakan.
Oleh itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Haji Hanafiah Mat berikrar akan memastikan semua ibu tunggal terbela.
“(pemerintahan kerajaan) dahulu yang mana terdapat golongan yang berkelayakan tidak mendapat apa-apa bantuan dan kita akan pastikan,
“semua golongan ibu tunggal akan mendapat bantuan yang seadilnya daripada kerajaan sekarang agar kita semua dapat hidup aman damai,” tegas beliau.
ADUN Chukai itu berkata demikian pada Program Cakna Ibu Tunggal DUN Batu Rakit, hari Sabtu 25 Ogos.


Seramai 235 orang ibu tunggal telah hadir ke Program anjuran Batu Rakit Care dengan kerjasama I-MITS Batu Rakit itu.
Dalam ucapannya, Haji Hanafiah turut menjelaskan, rakyat tidak perlu bimbang terhadap kerajaan PAS, kerana dasar kerajaan pada hari ini akan sentiasa berlaku adil kepada semua rakyat di negeri ini.
Menurut beliau, tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi penerangan berkaitan bantuan yang boleh di pohon oleh ibu tunggal.
“terdapat dalam negeri ini kerana ramai dalam kalangan ibu tunggal tidak mengetahui bantuan yang sepatutnya mereka layak memohon,
“Antara agensi yang hadir dalam menerangkan hal-hal yang berkaitan ialah Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Daerah Setiu dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM),” jelas beliau.
Turut hadir dalam program tersebut ialah Pegawai Penyelaras DUN Batu Rakit Ustaz Mohd Shafizi Ismail, Pengerusi Batu Rakit Care Dun Batu Rakit Ustaz Pauzi Muda dan semua Pengerusi MPKK DUN Batu Rakit.


























