Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) meninjau penganjuran sukan luncur angin yang berlangsung di Bukit Bubus, Besut pada 5-7 Ogos 2016 yang telah mengumpulkan lebih daripada 50 orang dari seluruh negara oleh kelab persendirian.
Negeri Terengganu Darul Iman yang terkenal cantik dengan budaya dan persekitaran ini amat wajar dibangunkan melalui industri pelancongan secara lebih komprehensif. Apatah lagi tahun 2017 merupakan Tahun Melawat Terengganu. Lokasi penerbangan di Bukit Bubus dilihat sangat berpotensi untuk dibangunkan sebagai lokasi pelancongan dan lokasi penerbangan untuk sukan luncur angin ini. Keindahan panorama yang dilihat dari puncak bukit dan udara tidak wajar dibazirkan oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu.
Bagi rakyat Terengganu, sukan ini agak baru dan tidak ramai yang pernah melaluinya. Apapun, keinginan rakyat Terengganu untuk mencuba agak tinggi. Faktor penghalang adalah kos untuk memiliki set peralatan payung luncur ini yang agak tinggi dan pelbagai lagi peralatan yang berkaitan.
Meskipun demikian, di atas semangat merancakkan sektor pelancongan dan membuka peluang pekerjaan buat rakyat Terengganu, sukan ini dilihat berpotensi untuk membuka peluang pekerjaan buat rakyat. Pihak kerajaan negeri dicadangkan agar berusaha untuk :-
1. Membangunkan Bukit Bubus, Besut sebagai pusat lokasi penerbangan sukan luncur angin Terengganu dengan melengkapkan prasarana kemudahan awam dari kaki bukit ke puncak bukit seperti jalan yang berturap, tandas, surau, parking dan seumpamanya.
2. Menyediakan beberapa set payung luncur untuk dibuka sebagai sewaan dan galakan buat rakyat Terengganu yang ingin menceburi bidang ini.
Pihak DPPNT memandang secara positif kehadiran sukan ini dengan konsep pendidikan dan aktiviti sihat yang memberikan pulangan kesejahteraan kepada rakyat Terengganu secara umumnya. Justeru, pihak kerajaan Terengganu perlu melihat secara lebih serius untuk membantu aktiviti sukan ini agar menjadi salah satu tarikan utama pelancongan, aktiviti sukan, aktiviti belia dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi persekitaran.
***YB Hishamuddin bin Abdul Karim ialah ADUN Tepoh yang juga Timbalan Ketua,Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu
Menteri Kebudayaan Israel, Miki Zohar, mencetuskan kecaman antarabangsa selepas berikrar untuk melucutkan kewarganegaraan dua pengarah filem warga Israel, berikutan kejayaan dokumentari mereka mendedahkan taktik...
KUALA TERENGGANU — Penemuan Batu Bersurat Terengganu bertarikh 1303 Masihi terus diangkat sebagai bukti paling kukuh yang merombak naratif sejarah, sekali gus mengesahkan kewujudan...
KUALA TERENGGANU, 13 September – Pembentukan sikap mesra, penyediaan kemudahan, bersih, makanan berkualiti pada harga berpatutan serta penghayatan nilai Islam perlu menjadi asas dalam...
Pas and its allies in Perikatan Nasional are focusing on preparations for their election machinery in 126 parliamentary seats that they believe have high...
Ketua Pegawai Eksekutif Anthropic, Dario Amodei, menggesa syarikat kecerdasan buatan (AI) pada hari Sabtu untuk mengurangkan kelajuan pembangunan AI memandangkan kebimbangan terus meningkat tentang...